Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
3 individu termasuk aktivis politik direman, kes minta rasuah daripada pendakwah selebriti | Scoop

3 individu termasuk aktivis politik direman, kes minta rasuah daripada pendakwah selebriti

Menurut sumber, kesemua lelaki berusia 30 hingga 50-an itu ditahan antara 12 tengah hari hingga 5 petang semalam, dalam operasi di sekitar Bedong dan di pejabat SPRM Kedah

3:56 PM MYT

 

ALOR SETAR  – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah mereman tiga individu termasuk seorang aktivis politik bagi membantu siasatan meminta dan menerima rasuah daripada seorang pendakwah selebriti.

Perintah reman selama empat hari hingga Sabtu ini dikeluarkan Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali selepas menerima permohonan SPRM di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Menurut sumber, kesemua lelaki berusia 30 hingga 50-an itu ditahan antara 12 tengah hari hingga 5 petang semalam, dalam operasi di sekitar Bedong dan di pejabat SPRM Kedah.

Suspek dikatakan meminta suapan itu bagi membantu menyelesaikan kes pengubahan wang haram membabitkan pendakwah selebriti yang sedang disiasat polis.

“Berdasarkan siasatan awal, dipercayai mereka bersubahat meminta wang sebanyak RM150,000 tetapi hanya menerima RM20,000 tunai daripada pendakwah berkenaan,” kata sumber itu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah Ahmad Nizam Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. – 6 November, 2024

Topics

 

Hangat

Related