Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Lelaki kejam pukul anjing sampai mati akhirnya dicekup polis | Scoop

Lelaki kejam pukul anjing sampai mati akhirnya dicekup polis

Hasil siasatan mendapati ia berlaku di sebuah bengkel di Kampung Patikang, Keningau pada 24 Oktober lalu

2:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga asing berusia 39 tahun ditahan reman tiga hari kerana disyaki memukul seekor anjing dengan batang besi hingga mati di Keningau, Sabah baru-baru ini.

Ketua Polis Keningau, Yampil Garai berkata pihaknya menerima laporan satu video tular mengenai kejadian itu semalam dan hasil siasatan mendapati ia berlaku di sebuah bengkel di Kampung Patikang, Keningau pada 24 Oktober lalu.

Susulan laporan itu, sepasukan anggota dari bahagian siasatan jenayah IPD Keningau berjaya menahan suspek pada jam 10.30 malam Selasa dan merampas batang besi yang digunakan.

“Polis telah menerima aduan awam melihat video di laman sosial Facebook, yang mana satu lelaki telah memukul seekor anjing menggunakan sebatang besi sehingga mati.

“Suspek kini direman selama tiga hari untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan membunuh haiwan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penyebaran video tersebut.

Terdahulu, satu video berdurasi satu minit tular di media sosial memperlihatkan seorang lelaki memukul seekor anjing sehingga mati menggunakan batang besi di sebuah bengkel.

Tindakan kejam suspek dikecam netizen, apatah lagi dalam video itu kedengaran gelak ketawa rakan-rakan suspek pada penghujung rakaman tersebut.

Malah ramai yang tidak sanggup menonton video yang memaparkan sifat tidak berperikemanusiaan sehingga sanggup memperlakukan binatang sedemikian rupa.

‘Semoga pembunuh haiwan dapat hukuman yang setimpal, karma akan jatuh kepadanya.

“Bagus…rasakan.

“Terbaik PDRM. Puas hatiku akhirnya di pelaku ditangkap.

“Tertengok video satu lelaki pukul anjing sampai mati, sedangkan anjing tu tak kacau pun, elok je baring. Hati aku disiat-siat rasanya. Tergamak kamu wahai manusia buat zalim pada binatang macam ini,’’ demikian antara komen-komen di media sosial. – 6 November, 2024

Topics

 

Hangat

Related