Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Salah guna wang sitaan RM613,000, pegawai SPRM didakwa di mahkamah | Scoop

Salah guna wang sitaan RM613,000, pegawai SPRM didakwa di mahkamah

Tertuduh didakwa menyalahgunakan wang sitaan sebanyak RM613,000 melibatkan Op Green yang dijalankan oleh SPRM pada 2019

2:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah didakwa di Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, hari ini atas tuduhan menyalahgunakan wang sitaan sebanyak RM613,000 melibatkan Op Green yang dijalankan oleh SPRM pada 2019.

Tertuduh, Penolong Pesuruhjaya SPRM, Azizun Mohamad didakwa melakukan perbuatan tersebut antara 1 Jun 2020 sehingga 9 Februari 2024 di Cyberjaya.

Dia didakwa di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyalahgunakan wang sitaan sebanyak RM613,000, berkaitan dengan Op Green, iaitu operasi SPRM yang berjaya membongkar kes penipuan pendaftaran kenderaan diesel dalam sistem mySikap pada 2019.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang enam bulan dan tidak lebih daripada lima tahun, sebatan dan boleh dikenakan denda.

Sementara itu, SPRM dalam kenyataannya berkata pihaknya mengambil serius dan tidak berkompromi terhadap isu integriti serta etika kerja semua pegawainya.

“Harus ditegaskan, SPRM tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pegawai yang melanggar peraturan dan undang-undang bagi memastikan amanah serta tanggungjawab yang diberikan kepada Suruhanjaya terus terpelihara,’’ katanya.

Menurut SPRM, tindakan ini mencerminkan kesungguhan suruhanjaya berkenaan dalam menegakkan keadilan dan membanteras rasuah dan salah guna kuasa tanpa pilih kasih.

“SPRM bertekad mengekalkan ketelusan dalam setiap tindakan bagi memastikan keadilan dan proses perundangan dilaksanakan sewajarnya,’’ katanya. – 5 November, 2024

Topics

 

Hangat

Related