Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
6 rakyat Malaysia termasuk penyanyi dikir barat direman di Narathiwat | Scoop

6 rakyat Malaysia termasuk penyanyi dikir barat direman di Narathiwat

Difahamkan kesemua suspek akan ditahan di Penjara Narathiwat selama 84 hari atau kira-kira tiga bulan sementara menunggu tarikh pendakwaan

8:49 PM MYT

 

NARATHIWAT –  Enam rakyat Malaysia termasuk seorang penyanyi dikir barat dari Kelantan yang ditahan Jumaat lepas kerana disyaki memiliki dadah dihadapkan ke Mahkamah Narathiwat, di sini, hari ini untuk proses permohonan reman. 

Kesemua suspek yang berusia antara 25 dan 34 tahun itu di dihantar dari lokap Balai Polis Sungai Golok ke mahkamah sekitar pukul 10.30 pagi. 

Mereka kemudian dipindahkan ke Penjara Narathiwat selepas proses permohonan reman selesai petang tadi. 

Terdahulu, lebih 50 orang awam difahamkan merupakan ahli keluarga dan rakan-rakan suspek telah hadir di mahkamah seawal pukul 8 pagi waktu tempatan. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Golok, Kol. Pol. Jedsadavit Ingprapan berkata selain kesalahan memiliki dadah, mereka juga disiasat atas kesalahan memasuki Thailand tanpa dokumen sah.

Difahamkan, kesemua suspek akan ditahan di Penjara Narathiwat selama 84 hari atau kira-kira tiga bulan sementara menunggu tarikh pendakwaan.

Dalam tempoh penahanan ini, ahli keluarga suspek boleh memohon ikat jamin untuk mereka, namun kelulusan tertakluk kepada keputusan Mahkamah selepas pelantikan peguam yang akan mewakili suspek.

Kesemua enam orang suspek ditahan di dalam satu serbuan Bahagian Narkotik Balaik Polis Sungai Golok di sebuah hotel berhampiran Sungai Golok pada pukul 5 pagi atas kesalahan memiliki dadah.

Hasil siasatan polis mendapati suspek-suspek berkenaan memiliki 6,000 biji pil jenis “pil kuda” dan memasuki Thailand tanpa dokumen sah. – 4 November, 2024

Topics

 

Hangat

Related