Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
3 kru, 5 pemancing hilang di Sarawak, Maritim Malaysia aktif SAR | Scoop

3 kru, 5 pemancing hilang di Sarawak, Maritim Malaysia aktif SAR

Menurut maklumat yang diterima dari salah seorang anak mangsa, mereka sepatutnya pulang ke jeti pada Khamis (31 Oktober) pada jam 2 petang

6:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga kru dan lima orang pemancing selepas sebuah bot pancing dilaporkan hilang di Sarawak.

Pengarah Maritim Malaysia Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin Jusoh berkata, laporan kehilangan bot berkenaan diterima Maritim Rescue Sub Centre (MRSC) Kuching, pada jam 5 petang semalam.

Beliau berkata, identiti kesemua pemancing bersama kru sudah dikenal pasti iaitu Husin Ayub, 67; Samarin Sharkawi, 33; Mohamad Haikal Sharkawi, 17; Mohd Azizi Hamzi,17; Dahlan Ramli, 41; Hasrin Ismail,53; Johari Bujang,51 dan Abdullah Ajek, 56.

“Mereka menaiki sebuah bot pancing yang bernombor pendaftaran QKH 9848 Z telah keluar ke laut dari Jeti Semariang Batu, Kuching kira-kira 9 pagi, Khamis lalu.

“Menurut maklumat yang diterima dari salah seorang anak mangsa, mereka sepatutnya pulang ke jeti pada Khamis (31 Oktober) pada jam 2 petang.

“Sejurus menerima laporan itu, pihaknya mengatur gerak aset iaitu Bot Pengawal 42 bersama tujuh anggota untuk melakukan operasi pencarian di lokasi dalam radius 100 batu nautika persegi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata memasuki hari kedua pencarian hari ini, luas sektor lokasi pencarian adalah 533.80 batu nautika persegi.

“Pesawat CN325 daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) turut membantu melakukan pemantauan dari udara,” katanya. – 2 November, 2024

Topics

 

Hangat

Related