Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
SPRM digesa siasat pengurusan FashionValet dan pelaburan Khazanah, PNB | Scoop

SPRM digesa siasat pengurusan FashionValet dan pelaburan Khazanah, PNB

Prosedur lebih ketat perlu dilakukan sebelum pelaburan besar diluluskan terutama dalam sektor yang berisiko tinggi seperti e-dagang

4:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menjalankan siasatan menyeluruh terhadap pengurusan Fashion Valet Sdn Bhd (FashionValet) dan proses pelaburan yang dibuat oleh Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).

Menurut Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), ia bagi memastikan tiada unsur penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa dalam pelaburan ini.

MCW juga mencadangkan tadbir urus korporat dalam institusi pelaburan awam seperti Khazanah dan PNB ditingkatkan dengan memperkenalkan kawalan yang lebih ketat dan prosedur penilaian yang lebih teliti.

Ia perlu dilakukan sebelum pelaburan besar diluluskan terutama dalam sektor yang berisiko tinggi seperti e-dagang.

“MCW menekankan aspek akauntabiliti dan ketelusan perlu dipertingkatkan, termasuk pendedahan maklumat mengenai pelaburan dan prestasi pelaburan yang dilakukan oleh institusi ini.

“Jika berlaku ketirisan atau pengabaian dalam proses membuat keputusan, tindakan perlu diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab agar hal sebegini tidak berulang,’’ katanya dalam satu kenyataan.

Penubuhan MCW yang didaftarkan dengan Pertubuhan Pendaftar Malaysia pada 107, diwakili sekumpulan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

Matlamat MCW ialah bertindak pemerhati yang aktif, mempunyai peranan penting bagi membantu pihak SPRM dan kerajaan dalam usaha menurunkan kadar jenayah rasuah di dalam negara.

Berdasarkan jawapan bertulis di Parlimen, Khazanah dan PNB menerima RM3.1 juta hasil daripada penjualan saham dalam FashionValet.

Menurut Kementerian Kewangan (MOF), penjualan tersebut merupakan langkah keluar yang bertanggungjawab oleh Khazanah dan PNB daripada FashionValet kepada pelabur strategik.

Pada 2018, Khazanah dan PNB telah melabur sejumlah RM47 juta (Khazanah: RM27 juta, PNB: RM20 juta) untuk pegangan minoriti masing-masing dalam FashionValet, tambah kementerian itu.

“Jumlah kerugian daripada penjualan saham FashionValet adalah amat kecil berbanding keseluruhan pendapatan yang dijana oleh Khazanah dan PNB pada tahun berkaitan,” menurut MOF.

Berikutan itu, netizen menggesa supaya pemilik bersama FashionValet, iaitu sebuah platform e-dagang fesyen yang juga pempengaruh fesyen, Datin Vivy Yusof memberikan penjelasan mengenai perkara itu. – 1 November, 2024

Topics

 

Hangat

Related