Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Meta beri maklum balas draf Kod Tatalaku, jumpa MCMC minggu depan : Fahmi | Scoop

Meta beri maklum balas draf Kod Tatalaku, jumpa MCMC minggu depan : Fahmi

Perbincangan itu berkisar kepada kesiapsiagaan semua pihak bagi penguatkuasaan pelesenan platform media sosial dan sistem pemesejan Internet bermula 1 Januari 2025

2:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Meta Platforms Inc (Meta) bersetuju menyediakan maklum balas kepada draf Kod Tatalaku (Amalan Terbaik) untuk Penyedia Perkhidmatan Pesanan Internet dan Penyedia Perkhidmatan Media Sosial (Penyedia Perkhidmatan) diterbitkan pada 22 Oktober lalu.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, perbincangan lanjut antara pihak Meta bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan diadakan pada awal minggu hadapan untuk meneliti beberapa aspek dengan lebih terperinci.

Menurut Fahmi, ia antara hasil pertemuan antara beliau bersama Pengarah Dasar Awam Meta Asia Tenggara, Rafael Frankel dan pasukan Meta petang semalam.

Perbincangan turut disertai Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

Katanya, perbincangan berkisar kepada kesiapsiagaan semua pihak bagi penguatkuasaan pelesenan platform media sosial dan sistem pemesejan Internet bermula 1 Januari 2025.

“Pihak Meta menyuarakan pandangan mengenai pematuhan yang perlu dipenuhi untuk melaksanakan syarat-syarat ditetapkan, termasuk Kod Tatalaku dan Akta Keselamatan Dalam Talian belum mereka teliti sepenuhnya.

“Saya telah mengingatkan Meta bahawa niat kerajaan mengenakan lesen ini adalah untuk menangani isu jenayah yang berhijrah ke media sosial, termasuk scam, judi dalam talian, buli siber, dan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

“Namun saya beri komitmen untuk mendengar pandangan semua platform media sosial, memandangkan lesen yang bakal dikenakan adalah lesen kelas (Class License).

“Lesen ini dikenakan kepada semua platform yang memenuhi syarat-syarat, termasuk yang mempunyai sekurang-kurangnya 8 juta pengguna di Malaysia,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Fahmi berkata, beliau menerima baik kesediaan pihak Meta untuk terus bekerjasama dalam isu pelesenan itu.

“Bagaimanapun, saya turut menegur pihak Meta kerana masih gagal menangani jenayah pedofilia dan pengantunan kanak-kanak (sexual grooming), khususnya di platform Facebook.

“Meta perlu jauh lebih proaktif dalam membanteras kumpulan-kumpulan di akaun media sosial Meta yang menjurus kepada aktiviti jenayah seksual tersebut.

“Kerajaan Madani akan terus pastikan platform media sosial tegas dalam menangani jenayah dalam talian demi Internet yang lebih selamat untuk semua terutama kanak-kanak dan keluarga,” katanya. – 30 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Related