Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
FashionValet: Khazanah, PNB rugi RM43.9 juta, netizen desak Vivy beri penjelasan | Scoop

FashionValet: Khazanah, PNB rugi RM43.9 juta, netizen desak Vivy beri penjelasan

Memandangkan ia melibatkan dana awam, justeru netizen mahu pihak yang terbabit memberikan penjelasan pelaburan sebanyak RM47 juta itu digunakan

10:09 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Isu mengenai kerugian yang dialami oleh Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) sebanyak RM43.9 juta selepas penjualan saham dalam Fashion Valet Sdn Bhd  (FashionValet) hangat diperkatakan terutama di media sosial.

Justeru ramai yang inginkan pemilik bersama FashionValet, iaitu sebuah platform e-dagang fesyen yang juga pempengaruh fesyen, Datin Vivy Yusof memberikan penjelasan mengenai perkara itu.

Ini kerana ia melibatkan dana awam dan Vivy digesa menjelaskan bagaimana pelaburan sebanyak RM47 juta oleh Khazanah dan PNB pada 2018 itu digunakan dalam perniagaan tersebut.

Perkara itu hangat dibangkitkan di media sosial, dengan netizen mendesak supaya pihak Khazanah dan PNB sendiri menjelaskannya.

“Patut kena buat public hearing (pendengaran awam) macam dalam filem Oppenheimer,’’ kata seorang netizen, Syed Asharul Asriq.

Tidak kurang juga yang berharap supaya Vivy menggunakan saluran podcast untuk menceritakan bagaimana FashionValet menggunakan suntikan dana tersebut.

“Harap Shuib boleh jemput Vivy dalam podcast. Boleh ceritakan macam mana FV gunakan suntikan dana dari Khazanah & PNB tu. Baru ramai bermanfaat,’’ kata Radar Saham menerusi aplikasi X.

Berdasarkan jawapan bertulis di Parlimen, Khazanah dan PNB menerima RM3.1 juta hasil daripada penjualan saham dalam FashionValet.

Menurut Kementerian Kewangan (MOF), penjualan tersebut merupakan langkah keluar yang bertanggungjawab oleh Khazanah dan PNB daripada FashionValet kepada pelabur strategik.

Pada 2018, Khazanah dan PNB telah melabur sejumlah RM47 juta (Khazanah: RM27 juta, PNB: RM20 juta) untuk pegangan minoriti masing-masing dalam FashionValet, tambah kementerian itu.

“Jumlah kerugian daripada penjualan saham FashionValet adalah amat kecil berbanding keseluruhan pendapatan yang dijana oleh Khazanah dan PNB pada tahun berkaitan,” menurut MOF.

NXBT kini memiliki 51.25% saham dalam FashionValet, berdasarkan data daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), lapor The Edge.

Pemegang saham kedua terbesar ialah suami Vivy, Datuk Fadzarudin Shah Anuar yang memegang 17.65%, diikuti oleh MyEG Capital Sdn Bhd — anak syarikat MyEG Services Bhd (KL:MYEG) — dengan 5.78% kepentingan.

Diasaskan bersama oleh Vivy dan Fadzarudin, FashionValet pada mulanya memberi tumpuan kepada barangan fesyen pihak ketiga sebelum melancarkan jenama pakaiannya sendiri, dUCK dan Lilit.

Vivy Yusof memuatnaik gambar dalam InstaStory beliau sedang mendapatkan rawatan di hospital. – Tangkap layar, 30 Oktober, 2024

Sementara itu, Vivy menerusi Instastory pagi ini meminta orang ramai berhati-hati dengan fitnah yang disebarkan.

“Buat masa ini, saya akan membiarkan orang mengatakan apa yang mereka mahu. berhati-hati dengan fitnah yang anda sebarkan tentang orang lain,” katanya yang turut memuatnaik gambar sedang mendapatkan rawatan di hospital. – 30 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Related