Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Pemilihan Armada: 'adakah proses pemilihan dijalankan secara telus' | Scoop

Pemilihan Armada: ‘adakah proses pemilihan dijalankan secara telus’

'Ahli-ahli berhak mendapat jawapan yang sahih, bukan sekadar alasan atau penjelasan yang direka-reka untuk menutup kebenaran,' kata Faiz

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang pemimpin Armada Bersatu menyuarakan terhadap keputusan pemilihan bagi sayap berkenaan yang didakwa tidak telus dan kemungkinan berlaku campur tangan individu tertentu dengan agenda peribadi bagi menentukan keputusan pemilihan sayap berkenaan.

Menurut Penolong Setiausaha Armada, Muhammad Faiz Rahmad, pengumuman keputusan pemilihan oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) petang semalam telah mengundang seribu persoalan bukan sahaja daripada perwakilan Armada malah ahli-ahli Bersatu yang lain.

“Persoalan pertama yang wajib dijawab oleh pihak JPP adalah, adakah proses pemilihan kali ini benar-benar dijalankan secara telus kerana lebih daripada 4,700 undi telah dibuat oleh para perwakilan yang ingin memilih saf kepimpinan Armada yang baharu dengan adil dan terbuka.

“Mengapakah proses dan tatacara pemilihan kali ini dilihat tidak dibuat dengan baik dan teratur. 

“Persoalan kedua adalah pada Pemilihan Sayap Bersekutu Bersatu pada awal Oktober lalu,  segala isu, bantahan, pertikaian atau keputusan perlu dibawa ke Mesyuarat Pengurusan parti, iaitu sebagai jawatankuasa yang diberi mandat penuh oleh Majlis Pimpinan Tertinggi, 

“Jadi mengapa JPP bertindak secara sendiri tanpa merujuk kepada Jawatankuasa Pengurusan Bersatu proses dahuluan (precedent process)? dan selepas pengumuman keputusan, apakah kuasa sebenar atau ruang-lingkup kuasa yang dimiliki oleh JPP untuk menyiasat dan memutuskan sama ada sesuatu bantahan itu diterima atau ditolak?

“Apakah terdapat sebarang campur tangan atau manipulasi dalam proses perlaksanaan pemilihan kali ini?,’’ soalnya menerusi kenyataan media malam tadi.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Bersatu, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi mengumumkan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham dipilih sebagai Ketua Armada Bersatu baharu bagi tempoh 2024-2027.

Hilman mengetepikan saingannya Akmal Zahin Zainal Zahir dari Seputeh dengan perbezaan 170 undi.

Dalam pada itu, Faiz turut mempersoalkan kenapa JPP membuka ruang untuk bantahan mulai 27 Oktober sehingga 28 Oktober sedangkan bantahan sepatutnya dibuat selepas pengumuman keputusan dibuat pada semalam.

Proses itu, katanya, tidak teratur dan bantahan apakah yang boleh dilakukan jika jumlah undi, pemenang dan lain-lain perkara berkaitan proses pengundian belum diketahui umum.

“Apakah terdapat sebarang kebocoran maklumat yang telah berlaku daripada pihak JPP kepada mana-mana pihak calon?,’’ soalnya.

“Keseluruhan proses ini menuntut lebih sekadar daripada penjelasan biasa.

“Kami menolak sebarang bentuk manipulasi atau campur tangan yang boleh mencemar integriti Bersatu. Ahli-ahlinya berhak mendapat jawapan yang sahih, bukan sekadar alasan atau penjelasan yang direka-reka untuk menutup kebenaran,’’ katanya. – 30 Oktober, 20224

Topics

 

Hangat

[WATCH] Khalil and Vilas’ muhibbah Raya

After 21 years of marriage, Khalil Khalid and Nur Hannah M. Vilasmalar have cultivated acceptance and understanding of their different racial and cultural backgrounds.

Vikneswaran retains KLHA president’s post after Megat disqualified

The decision follows the KLHA council’s recent nullification of all candidates from the Kuala Lumpur Hockey Sports Education Association

Malaysia’s global reputation bolstered a year into Anwar’s PM stint  

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s achievements during his first year in office was no mean feat and it would be remiss to claim that his administration has taken a backseat in efforts to improve the nation’s global standing. 

Related