Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Ahli farmasi dari Malaysia dibunuh lelaki hidap skizofrenia di Melbourne | Scoop

Ahli farmasi dari Malaysia dibunuh lelaki hidap skizofrenia di Melbourne

Tertuduh, Simon Hunter, 54, telah didakwa di Mahkamah Majistret Melbourne pada Khamis dan kesnya akan disebut semula pada 16 Januari tahun hadapan

7:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang ahli farmasi rakyat Malaysia, Kum Chuan Leong, 29, ditemukan meninggal dunia di kediamannya di Melbourne, Rabu lalu, selepas dipercayai ditikam oleh seorang lelaki penghidap skizofrenia.

Kum Chuan Leong, yang dikenali sebagai KC, mula berkerja dalam perkhidmatan kesihatan di Melbourne pada 2021.

Tertuduh, Simon Hunter, yang berusia 54 tahun, telah didakwa di Mahkamah Majistret Melbourne pada Khamis dan kesnya akan disebut semula pada 16 Januari tahun hadapan, lapor Australian Broadcasting Corporation (ABC).

Mahkamah dimaklumkan Hunter didiagnosis menghidap skizofrenia dan tiada alamat tetap.

Keluarga Leong juga difahamkan telah tiba dari Malaysia pada Khamis lalu.

KC ditemukan maut oleh seorang rakan di rumah yang didudukinya di Davidson St, Bellfield.

Dalam pada itu, majikannya menyifatkan kematian KC sebagai ‘tragedi dan dirasai ramai’.

Ketua Eksekutif Eastern Health David Plunkett dalam satu kenyataan berkata, Leong akan dikenang atas ‘semangat, kebaikan dan dedikasinya kepada pasukan serta masyarakat yang lebih luas’.

“KC dikenali sebagai ketua yang berbakat dan juga merupakan mentor bagi ramai ahli farmasi kami yang baru,” katanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan Kementerian Luar dalam kenyataan ringkas pada Ahad mengesahkan pihaknya peka mengenai insiden itu sedang memberikan bantuan konsul kepada keluarga Leong.

Kementerian turut meminta media agar menghormati privasi keluarga Leong ketika mereka menghadapi saat sukar ini. – 27 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Related