Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Masih banyak ruang penambahbaikan untuk stesen minyak demi keselesaan ramai: PM | Scoop

Masih banyak ruang penambahbaikan untuk stesen minyak demi keselesaan ramai: PM

Beliau turut membuat pemeriksaan mengejut di stesen Petronas di Presint 16, Putrajaya selepas selesai menunaikan solat Jumaat hari ini termasuk dari segi infra, kemudahan tandas dan surau orang awam

9:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya masih ada banyak ruang penambahbaikan untuk dimanfaatkan semua syarikat penyedia stesen minyak untuk kemudahan pengunjung.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Perdana Menteri yakin ia dapat meningkatkan mutu dan perkhidmatan ke tahap yang lebih baik demi kebersihan dan keselesaan orang awam.

“Saya percaya, masih ada banyak ruang penambahbaikan untuk dimanfaatkan semua syarikat penyedia stesen minyak terkait kemudahan yang disediakan termasuk menyediakan sejadah yang dalam keadaan baik dan bersih,’’ katanya.

Beliau turut membuat pemeriksaan mengejut di stesen Petronas di Presint 16, Putrajaya selepas selesai menunaikan solat Jumaat hari ini termasuk dari segi infra, kemudahan tandas dan surau orang awam.

“Usai solat Jumaat, saya membuat pemeriksaan mengejut di Petronas Presint 16 termasuk dari segi infra, kemudahan tandas dan surau orang awam.

“Diapit bodyguard cilik, saya sempat melihat sendiri kesiapsiagaan kesemua kemudahan yang disediakan untuk pengunjung,’’ katanya. – 25 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Related