Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
MIH Megatrends 2024 buka jaringan akses perkhidmatan kesihatan lebih luas : KSU KKM | Scoop

MIH Megatrends 2024 buka jaringan akses perkhidmatan kesihatan lebih luas : KSU KKM

MIH Megatrends meletakkan Malaysia sebagai negara yang mampu menerajui advokasi teknologi perubatan

5:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Persidangan Malaysia International Healthcare (MIH) Megatrends 2024 bakal membuka jaringan akses perkhidmatan kesihatan yang lebih luas di dalam dan juga luar negara.

Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Suriani Ahmad berkata, ia juga meletakkan Malaysia sebagai negara yang mampu menerajui advokasi teknologi perubatan.

“Persidangan ini boleh menjadi platform perkongsian maklumat dalam meningkatkan kedudukan ekonomi Malaysia di peringkat global.

“Di samping itu, persidangan ini akan meneroka dan menumpukan trend utama dan transformasi yang membentuk masa depan kesihatan dan perkhidmatan kesihatan di peringkat global,” katanya ketika berucap merasmikan MIH Megatrends 2024 hari ini.

Acara itu berlangsung selama tiga hari sehingga Ahad ini anjuran Kementerian Kesihatan (KKM) dengan kerjasama KPJ Healthcare dan rakan strategik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Selain itu, Suriani turut berharap persidangan itu akan menjadi asas kukuh dalam memperkukuh kerjasama awam-swasta (PPP), yang merupakan daya penggerak utama dalam arena persidangan perubatan.

“Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada KKM atas usaha cemerlang mereka dalam menghimpunkan semua pihak berkepentingan utama dari sektor kesihatan tempatan dan antarabangsa di acara MIH Megatrends 2024 ini.

“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sistem kesihatan kita telah menghadapi cabaran luar biasa akibat pandemik COVID-19, yang telah memberi impak besar kepada sektor kesihatan, ekonomi, dan sosial negara kita.

“Sebagai tindak balas terhadap cabaran ini, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan, yang memperlihatkan kepimpinan KKM dalam menangani dan menavigasi isu-isu kritikal ini.

“Namun, kejayaan ini hampir mustahil dicapai tanpa sokongan pasukan yang kuat dan berdedikasi.

“Sumbangan berterusan daripada sektor swasta, terutama melalui kerjasama awam-swasta (PPP), amat bernilai dalam melengkapkan usaha KKM dan memastikan hasil kesihatan yang berkesan dan berjaya,” katanya.

Sementara itu Timbalan Pengarah Urusan MCMC, Datuk Zulkarnain Mohd Yasin berkata, pihaknya memainkan peranan penting dalam soal transformasi digital, merapatkan jurang dari segi akses kepada penjagaan kesihatan.

Beliau berkata, MCMC berdepan cabaran penting jurang digital dalam komunikasi, yang mencerminkan jurang yang sama dalam penjagaan kesihatan, khususnya di kawasan luar bandar.

“Pada masa lalu kita telah membina infrastruktur, membina rangkaian-rangkaian komunikasi untuk merapatkan jurang digital ini antara bandar dan luar bandar.

“Jadi kita akan lihat ini adalah satu lagi jambatan yang kita sedang bina untuk menghubungkan jurang iaitu penjagaan kesihatan ke kawasan luar bandar,” katanya.

Beliau berkata, ketersambungan yang disediakan mesti ditambah baik terutama dalam soal penjagaan kesihatan kepada rakyat.

“Tetapi cabaran lain yang akan kami lihat ialah bagaimana kami ingin mengubah syarikat telekomunikasi kepada syarikat teknologi.

“Saya teruja untuk melihat bahawa penyedia perkhidmatan, syarikat telekomunikasi berpindah ke syarikat teknologi kerana ia adalah penting apabila kita bercakap tentang ketersambungan.

“Yang kami maksudkan dengan ketersambungan mestilah bermakna kepada kerajaan, terutama kepada rakyat.

“Kami telah melihat kerjasama antara syarikat telekomunikasi yang kebanyakannya berkaitan dengan kandungan kerana itu adalah hiburan tetapi terdapat jurang yang lebih penting yang kami perlukan untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Kesalinghubungan yang kami sediakan mesti ditambah dengan penyelesaian untuk kebaikan rakyat terutama dari segi penjagaan kesihatan,” katanya. – 25 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Related