Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
CEO GISB, isteri dan 20 individu didakwa ahli kumpulan jenayah terancang | Scoop

CEO GISB, isteri dan 20 individu didakwa ahli kumpulan jenayah terancang

Turut didakwa ialah anak pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad iaitu Adib At-Tamimi

2:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Ikhwan Service & Business Holding (GISB), Datuk Nasiruddin Mohd Ali dan isteri, Datin Azura Md Yusof, antara 22 individu yang didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang hari ini atas tuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang yang bergiat aktif sejam empat tahun lalu.

Turut didakwa ialah anak pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad iaitu Adib At-Tamimi.

Mereka yang lain ialah Hasnan Abd Hamid, 53, Mohd Shukri Mohd Noor, 53, Mokhtar Tajuddin, 60, Shuhaimi Mohamed, 56, Muhammad Afdaluddin Latif, 34, Mohamad Sayuti Omar, 35, Mohd Fazil Md Jasin, 57, Mohd Dhirar Fakhrur Razi, 34, Muhammad Zahid Azhar@Nadzri, 51, Abu Ubaidah Ahmad Shukri, 34, dan Muhammad Fajrul Islam Khalid, 28.

Turut didakwa adalah Hamimah Yakub, 72, Asmat@Asmanira Muhammad Ramly, 44, Mahani Kasim, 54, Siti Hajar Ismail, 51, Khalilatul-Zalifah Mohammad Jamil, 27, Nurul Jannah Idris, 28, Nur Jannah Omar, 32, dan Siti Salmiah Ismail, 57.

Kesemua mereka didakwa di hadapan Hakim Lailatul Zuraida Harron @ Harun di bawah Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan dan berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun jika disabitkan kesalahan.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang GISB di Jalan Desa Bandar Country Homes, Rawang di sini pada Oktober 2020 hingga 11 September lalu.

Mahkamah menetapkan 23 Disember depan untuk sebutan semula kes.

GISB diwakili pasukan peguam diketuai Datuk Rosli Kamaruddin, Zaim Rosli, Dorina Abdullah, Boestamam Ahmad dan M. Hafiz Zainal Abidin.
Manakala, pendakwa raya pula diketuai Datuk Razali Che Ani, Datuk Nazran Mohd Sham, Lina Hanini Ismail dan Siti Hajar Mat Radzi.

Sejak Op Global fasa pertama bermula pada awal September, sejumlah 415 individu termasuk pengurusan tertinggi GISB ditahan manakala 625 mangsa berusia dua bulan hingga 28 tahun berjaya diselamatkan oleh pihak polis.

Pada 19 September lalu, Nasiruddin dan isteri ditahan bersama beberapa yang lain dalam operasi di sekitar Kuala Lumpur. – 23 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Related