KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sekarang bukan masanya melaksanakan projek mega justeru pembangunan negara akan menumpukan kepada projek berkepentingan rakyat.
Menurut Perdana Menteri, ia termasuk menyokong kawasan perindustrian mengikut keutamaan negeri.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet 2025, di Parlimen hari ini.
Selain peruntukan pembangunan oleh Kerajaan, Anwar turut memberitahu, projek secara usaha sama awam-swasta (PFI) bernilai RM9 bilion ringgit turut dilaksanakan serta pelaburan langsung domestik oleh syarikat GLIC bernilai RM25 bilion.
“Ini menjadikan pelaburan awam untuk pembangunan tahun 2025 yang berjumlah RM120 bilion,’’ katanya. – 18 Oktober, 2024