KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly dilantik sebagai Penasihat Media & Komunikasi Strategik Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkuatkuasa semalam.
PMO dalam kenyataannya memaklumkan, Shazalli menggantikan Allahyarham Rozaid Rahman.
Menurut PMO, Shazalli yang ketika ini berkhidmat sebagai Penasihat Media Khazanah Nasional Berhad akan turut memantau urusan media dan komunikasi Perdana Menteri.
“Beliau juga akan ditugaskan untuk menambahbaik pelaksanaan kempen Malaysia Madani,’’ katanya.
Allahyarham Rozaid meninggal dunia pada 18 Ogos lalu akibat masalah jantung di kediamannya di Putra Heights, Subang Jaya.
Beliau dilantik menjawat tugasan tersebut pada 23 Mei tahun lalu. – 15 Oktober, 2024