Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Tiada masalah kapal tentera China berlabuh di Pulau Pinang, tegas Anwar | Scoop

Tiada masalah kapal tentera China berlabuh di Pulau Pinang, tegas Anwar

Malaysia amalkan dasar berbaik dengan semua negara, semua kapal dibenarkan berlabuh kecuali Israel

2:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiada masalah bagi kapal tentera China berlabuh di Pulau Pinang kerana menjadi dasar Malaysia untuk berbaik dengan semua negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah katanya, semua kapal yang mahu berlabuh di semua pelabuhan di negara ini diizinkan kecuali kapal dari Israel.

“Kita jalankan operasi ketenteraan, dalam kawasan kita, dengan Amerika Syarikat (AS), India, China, Singapura dan Indonesia

“Kita nak jelaskan dasar untuk berbaik dengan semua negara, kapal yang nak berlabuh dalam semua pelabuhan kita bagi, semua negara kita izinkan, tiada kompromi, kecuali kapal Israel.

“Yang lain masukkanlah. Itu dasar yang kita amalkan. Tapi ini dijadikan isu (bahawa) China dah ambil alih, bila Anwar baik dengan Jinping (Presiden China, Xi Jinping) … kapal perang China dah masuk,’’ katanya ketika berucap pada perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ACCIM ke-78, di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan beberapa pemimpin pembangkang yang menyifatkan tindakan membenarkan Kapal Latihan Qi Jiguang dan Kapal JinggangShan dari Zhanjiang, China sebagai tidak sensitif dengan konflik berkaitan Laut China Selatan.

Pembangkang turut mempersoalkan kenapa kehadiran tentera laut China itu diberikan sambutan luar biasa selain diizinkan melawat sekolah persendirian Cina di Pulau Pinang.

Semalam, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dilaporkan berkata bahawa kunjungan kapal tentera dari China ke Pelabuhan Pulau Pinang adalah perkara biasa dan tidak perlu diperbesarkan.

Mohamad Hasan berkata permohonan berkaitan kunjungan delegasi China ke sebuah sekolah persendirian di Pulau Pinang juga telah dibuat secara rasmi kepada kementerian berkaitan. – 13 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Related