Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Johor kembalikan cuti mingguan ke Sabtu, Ahad mulai 1 Januari 2025 | Scoop

Johor kembalikan cuti mingguan ke Sabtu, Ahad mulai 1 Januari 2025

Tunku Mahkota Ismail menitahkan supaya Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi bersama Mufti Johor mengadakan perbincangan dan meneliti perkara itu dari setiap sudut dan aspek

1:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Cuti hujung minggu di negeri Johor akan ditukar kepada hari Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2025.

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail ketika mengumumkannya memaklumkan keputusan itu mendapat perkenan dan restu daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan pandangan daripada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Sehubungan itu, Tunku Mahkota Ismail menitahkan agar Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi bersama Mufti Johor mengadakan perbincangan dan meneliti perkara itu dari setiap sudut dan aspek.

“Saya berharap agar semua syarikat-syarikat swasta, pihak kerajaan serta pihak yang berkaitan akan memberi ruang dan masa yang mencukupi untuk para pekerja Muslim menunaikan Solat Jumaat pada waktunya,’’ kata Tunku Mahkota Ismail menerusi hantaran di Facebook baginda hari ini.

Johor sebelum itu pernah menjadikan hari Sabtu dan Ahad sebagai cuti minggu pada 1994, iaitu semasa pentadbiran Menteri Besar ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, Sultan Ibrahim pada 23 November 2013, menitahkan pertukaran cuti minggu negeri Johor kepada hari Jumaat dan Sabtu berkuatkuasa 1 Januari 2014.

Namun pada 14 Jun 2022, Onn Hafiz dilaporkan memaklumkan kerajaan negeri akan mengkaji semula penetapan hari cuti hujung minggu negeri ekoran keluhan daripada masyarakat mengenai perbezaan hari cuti sektor swasta dan kerajaan.

Selain itu, ia juga bagi memastikan ibu bapa dan anak-anak dapat berehat pada hari yang sama. – 7 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Related