Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Semua premis milik GISB di Selangor diarah tutup, aset dirampas | Scoop

Semua premis milik GISB di Selangor diarah tutup, aset dirampas

Menurut Amirudin, beliau sendiri akan mengumumkan jumlah premis terbabit termasuk rumah perlindungan dan sekolah agama berkait dengan GISB, pada Rabu ini

1:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR Semua premis Global Ikhwan Service & Business Holding (GISB) di Selangor diarahkan ditutup serta semua aset syarikat berkenaan dirampas, kata Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

Menurut Amirudin, beliau sendiri akan mengumumkan jumlah premis terbabit termasuk rumah perlindungan dan sekolah agama berkait dengan GISB, pada Rabu ini.

“Itu memang tindakan segera yang sedang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan polis.

“Jika ada lagi maklumat-maklumat (berkaitan) kita akan pergi (serbu),’’ katanya seperti dilaporkan Bernama.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Rumah Idaman, Putra Idaman dan majlis pecah tanah Saujana Idaman, hari ini.

Amirudin turut memaklumkan kerajaan negeri akan membantu kanak-kanak yang terkait dengan GISB dalam pelbagai aspek terutama pendidikan.

“Saya juga nak tengok pada hari Isnin nanti nasib anak-anak (GISBH) yang tidak bersekolah ataupun yang ditahan oleh pihak berkuasa sekarang.

“Isunya (adalah) isu pendidikan dan masa depan mereka yang penting, kerajaan negeri akan cuba bantu nanti sebab itu keutamaan kita,” katanya.

Baru-baru ini, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah meluahkan rasa kesal dan kecewa kerana isu jenayah melibatkan GISB berlanjutan untuk suatu tempoh yang lama dan tiada tindakan berkesan diambil untuk menangani perkara itu.

“Kita perlu menerima hakikat bahawa kelewatan menangani perkara ini menunjukkan kelemahan dalam aspek pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang oleh agensi-agensi agama terhadap rumah amal dan sekolah agama Islam yang berkaitan dengan GISBH dan rangkaiannya sehingga menyebabkan perkara ini menjadi begitu serius dan tidak terkawal,’’ titah baginda.

Pada 11 September lepas, menerusi Op Global,  polis menyerbu 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan yang dikaitkan dengan GISB kerana didakwa terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak serta agama. – 28 September, 2024

Topics

 

Hangat

Related