KUALA LUMPUR – Jawatan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi (J-Kom) yang disandang oleh Setiausaha PKR Selangor, Mohd Khairuddin Othman sudah ditamat.
Khairuddin, dilantik ke jawatan tersebut pada 1 Mac lalu, bagi menggantikan Datuk Mohammad Agus Yusof.
Beliau bagaimanapun tidak memberikan alasan kepada perkara berkenaan. “Elok kalau tanya terus dan rujuk pada menteri,’’ katanya kepada FMT.
Khairuddin sebelum ini pernah menjadi Exco Pembangunan Generasi Muda dan Sukan Selangor dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Jaras.
Jawatan Ketua Pengarah J-Kom sebelum ini kosong selepas Agus meletak jawatan pada November 2023.
Agus sebelum ini dihimpit dengan kontroversi melibatkan penularan video berdurasi tiga minit, yang memaparkan perbualan lucah antara lelaki didakwa mirip beliau dengan Penolong Pegawai di J-Kom, Abdul Wahab Kadir Jilani. – 24 September, 2024