Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
‘Kalau ada Menteri Besar pun air naik juga’ PAS Kedah pertahankan Sanusi | Scoop

‘Kalau ada Menteri Besar pun air naik juga’ PAS Kedah pertahankan Sanusi

Tidak wajar bencana dijadikan kepentingan politik sebaliknya semua pihak perlu sama-sama berganding bahu membantu pihak yang terkesan

4:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pas Kedah mempertahankan ketiadaan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ketika banjir melanda negeri itu dan meminta ia tidak dijadikan mainan politik memandangkan lawatan kerja ke Jepun dirancang lebih awal.

Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Ahmad Yahaya berkata, Sanusi juga sudah kembali ke Kedah semalam dan beliau terus menziarahi mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

“Bila air nak naik, kalau ada Menteri Besar pun air naik juga, waktu Perdana Menteri ada air naik juga. Dari sudut pengurusan banjir sudah ada, agensi yang terbabit termasuk bomba dan polis dan kita juga sama-sama membantu.

“Untuk buka PPS sudah ada panduan dari pejabat daerah, penghulu. Jadi semua agensi ini sudah bersedia bila masa yang diperlukan.

“Pemimpin macam Perdana Menteri, Menteri Besar yang mengurus tadbir negara dan negeri sudah ada jadual yang diatur awal, kami pimpinan parti juga ada jadual sendiri,” katanya pada sidang media yang diadakan di Markas PAS Pokok Sena, Kedah hari ini.

Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Ahmad Yahaya (tengah) berkata bencana banjir tidak sepatutnya dijadikan mainan politik sebaliknya semua pihak perlu saling bekerjasama. – Gambar tangkap layar, 22 September, 2024

Ahmad Yahaya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata perkara yang melibatkan bencana tidak wajar dijadikan kepentingan politik sebaliknya sama-sama berganding bahu membantu pihak yang terkesan.

Malah, katanya, pengurusan bencana kali ini sangat teratur dengan bantuan agensi seperti pihak polis, bomba dan lebih 200 sukarelawan yang terlibat.

“Bencana bukan untuk kepentingan politik. Bila berlaku musibah, ia adalah ruang terbaik untuk kita saling membantu.

“Memanglah elok kalau semua ada di sini, tetapi dari sudut gerak kerja menyelamat membantu mangsa banjir, ketiadaan pemimpin utama itu tidak mengapa.

“Keadaan di sini terkawal dan kita bekerja secara bersepadu dengan semua agensi yang terlibat,” katanya.

Setakat ini, seramai 9,058 mangsa banjir dari 2,962 keluarga dari lima daerah ditempatkan di 44 PPS seluruh Kedah.

Kerajaan negeri juga telah memperuntukkan bantuan sebanyak RM1,000 kepada setiap ketua keluarga yang terkesan dengan musibah banjir.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengadakan lawatan ke Kedah, mengumumkan peruntukan RM13 juta bagi melaksanakan kerja baik pulih infrastruktur yang rosak kesan bencana banjir di negeri itu.

Sebelum ini, tular di media sosial dakwaan bahawa Sanusi sedang bercuti di luar negara bersama isterinya ketika banjir melanda negeri itu.

Bagaimanapun Pejabat Menteri Besar Kedah memaklumkan, keberadaan Sanusi di Jepun ketika itu adalah atas urusan rasmi untuk mempelajari pengurusan operasi takungan air bawah tanah di wilayah Kumamoto City. – 22 September, 2024

Topics

 

Hangat

Four found dead after Pinkfish NYE concert in Sunway Lagoon, say cops

KUALA LUMPUR — Police have confirmed the deaths of two men and two women, all locals, who attended an electronic dance music (EDM) concert in Bandar Sunway, Subang Jaya, on Tuesday. Selangor Police...

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Malaysia Airlines and the return to chocks: Safety, statistics, and perception – Capt. Kamil

Why does MAS face scrutiny while other carriers remain unchallenged?

Related