Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Ahli GISB mengaku tidak bersalah ugut wanita | Scoop

Ahli GISB mengaku tidak bersalah ugut wanita

Tertuduh yang mempunyai tiga isteri dan bapa kepada 10 anak, didakwa menakutkan secara jenayah wanita yang berusia 25 tahun di tempat letak kenderaan Galeria, Presint 4, pada 9 September lalu

12:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang ahli kumpulan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISB) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Putrajaya, atas tuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap seorang wanita.

Mohamad Riza Makar, 39, yang juga seorang peniaga membuat pengakuan berkenaan di hadapan Majistret, Ahmad Afiq Hasan.

Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun, atau denda, atau dengan kedua-duanya.

Mengikut pertuduhan, Mohamad Riza, yang mempunyai tiga isteri dan bapa kepada 10 anak, didakwa menakutkan secara jenayah wanita yang berusia 25 tahun itu di tempat letak kenderaan Galeria, Presint 4, di Putrajaya, kira-kira jam 10 malam, pada 9 September lalu.

Dia didakwa mengeluarkan kata-kata: ‘Kita tunggu … kami tahu dekat mana rumah, suami dan keluarga.’

Kata-kata itu dibuat dibuat dengan niat hendak menyebabkan kegentaran kepada wanita berkenaan yang enggan menarik balik laporan polis yang dibuatnya.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sabri Othman mencadangkan ikat jamin sebanyak RM30,000 ke atas tertuduh dengan dua orang penjamin namun tertuduh yang diwakili peguam Zulfikri Ulul Azmin menyifatkan tawaran jaminan itu terlalu tinggi.

Zulfikri memohon supaya anak guamnya dibenarkan jaminan pada kadar minimum atas alasan mempunyai tanggungan yang ramai.

“Tertuduh berniaga sendiri dengan pendapatan RM4,000 sebulan dan mempunyai tiga isteri serta menanggung 10 anak,’’ katanya.

Zulfikri berkata, anak guamnya tiada kaitan dengan GISBH seperti dilaporkan media massa namun dibantah Mohd Sabri yang mengesahkan tertuduh dalam rakaman percakapan kepada polis mengakui sebagai ahli GISBH.

Mahkamah menetapkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dengan tertuduh tidak boleh mendekati pengadu serta perlu melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan sehingga sebutan kes itu pada 18 Oktober ini. – 18 September, 2024

Topics

 

Hangat

Related