Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
PAS terdesak untuk kekal relevan, tandus idea nak ‘jual’ agama: Nik Nazmi | Scoop

PAS terdesak untuk kekal relevan, tandus idea nak ‘jual’ agama: Nik Nazmi

Nik Nazmi yang juga Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkata, PAS kebelakangan ini seperti hilang arah, manakala rakan dalam PN tidak membantu usaha itu

3:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – PAS kini disifatkan berada dalam tekanan yang tinggi kerana ketandusan idea untuk ‘menjual’ agama pada era Malaysia Madani.

Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, PAS sedang mencari jalan untuk kekal relevan dalam kalangan rakyat, terutamanya pengundi Melayu selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

“Memahami strategi PAS pada hari ini tidaklah sukar. Mereka meratibkan elemen kaum dan agama bagi meraih sokongan pengundi.

“Bandingkan PAS dengan susur galur hebatnya pada era Dr Burhanuddin al-Helmy, Asri Muda, Yusuf Rawa, Fadzil Noor, dan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, yang mampu menjalinkan semangat Islam dengan prinsip keadilan dan pragmatisme dalam konteks Malaysia.

“PAS pada hari ini hanya menyempitkan mesej mereka,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Nik Nazmi yang juga Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkata, sejak akhir-akhir ini, PAS seperti kehilangan arah, manakala rakan dalam Perikatan Nasional (PN) tidak membantu usaha itu.

“Pemimpin Bersatu yang merupakan rakan terpenting PAS, lebih banyak menghabiskan masa di mahkamah berbanding bilik mesyuarat dan semakin disisihkan oleh pimpinan PAS sendiri.

“Ketika PAS sedang buntu mencari idea untuk menonjol, muncul kritikan “Pemimpin PAS bukan malaikat” daripada perwakilan Perlis ketika Muktamar Tahunan PAS ke-70.

“Kritikan tentang kualiti ketua-ketua negeri di bawah adalah berasas dan gagal dikawal dengan baik oleh PAS.

“Sebut sahaja nama ‘Sanusi,’ sudah tentu kita akan menggambarkan seorang pemimpin yang hanya tahu menghina pihak lawan dan gagal mentadbir Kedah,” katanya.

Beliau berkata, PAS sebuah parti dengan alahan terhadap kritikan, sudah tentu cemas mendengar ada di antara perwakilan mereka yang ‘derhaka’ kepada pimpinan.

“Kritikan ini cuba dijawab oleh Ketua Penerangan, Ahmad Fadhli Shaari yang berkata PAS adalah parti demokratik dan terbuka dalam menerima sebarang kritikan.

“Seandainya benar PAS bersifat terbuka dalam hal ini, mengapa ada larangan dalam kalangan ahli parti sendiri yang berbunyi, “jangan jadi pembangkang dalam kerajaan sendiri”? soalnya.

Tambah beliau, Perdana Menteri serius dalam memperjuangkan Islam, namun menghormati hak rakyat bukan Islam sebagaimana diajar oleh agama dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Barangkali disebabkan wala’ yang keterlaluan, PAS merasakan bahawa partinya sentiasa di jalan yang betul sehingga tidak boleh menerima kritikan atau teguran.

“Ini bukanlah demokratik seperti mana yang disebut-sebut oleh mereka. Lebih teruk, terdapat pimpinan PAS yang memberi hukum yang begitu berat semata-mata atas alasan politik.

“Saya fikir pemimpin-pemimpin PAS ini perlu belajar semula memahami keutamaan atau awlawiyat untuk rakyat. PAS tidak akan selamanya mampu berselindung di sebalik sentimen kaum dan agama, kerana rakyat bijak menilai,” katanya. – 16 September, 2024

Topics

 

Hangat

Related