Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
8 sekolah disyaki bawah GISBH berdaftar dengan Jais, hanya 3 masih beroperasi hingga 2028 | Scoop

8 sekolah disyaki bawah GISBH berdaftar dengan Jais, hanya 3 masih beroperasi hingga 2028

Pengarah Jais, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, dua lagi telah tamat pendaftaran dan satu sekolah ditarik pendaftaran manakala baki yang lain masih lagi beroperasi sehingga 2028

8:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lapan sekolah yang disyaki di bawah Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISBH) telah berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dengan dua daripadanya telah menutup operasi secara sukarela.

Pengarah Jais, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, dua lagi telah tamat pendaftaran dan satu sekolah ditarik pendaftaran manakala baki yang lain masih lagi beroperasi sehingga 2028.

Sementara dua premis yang diserbu oleh polis semalam, kata Mohd Shahzihan adalah Sekolah Rendah Islam yang berdaftar dengan Jais iaitu Sekolah Rendah Islam Integrasi Miftahul Hikmah dan Maahad Tahfiz Wal Ulum Al-Ghazaly.

“Sekolah Rendah Islam Integrasi Miftahul Hikmah berdaftar pada Januari 2015 dan akan tamat pendaftaran pada 31 Disember 2025.

“Ia mempunyai 12 guru dan kakitangan serta 104 pelajar lelaki dan perempuan yang menggunakan silibus Jais, malah sepanjang pemantauan Jais pada 13 Januari 2023, 23 Mac 2023 dan 26 Julai lalu tidak wujud sebarang penyelewengan yang dikesan.

“Manakala Maahad Tahfiz Wal Ulum Al-Ghazaly pula didaftarkan pada 12 November 2014 dan akan tamat pendaftaran pada 31 Disember tahun ini.

“Maahad ini terdiri daripada 3 kakitangan dan 54 pelajar lelaki dengan menggunakan kurikulum tahfiz sendiri,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada Rabu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan seramai 171 orang penyelia dan penjaga 20 premis yang disyaki mempunyai kaitan dengan GISBH telah ditahan.

Kesemua mereka ditahan dalam 20 serbuan yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Kimia Malaysia.

Dalam serbuan itu, seramai 402 kanak-kanak dan remaja berusia antara setahun hingga 17 tahun disyaki menjadi mangsa eksploitasi di 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan menerusi gerakan Op Global pada Rabu.

Mengulas lanjut, Mohd Shahzihan berkata, susulan ‘pembongkaran’ polis, Jais akan sentiasa memantau sekolah terlibat mengikut Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1988 berikutan wujudnya kaitan aktiviti ahli GISBH dengan kumpulan Al-Arqam dan Rufaqa.

Jais juga, katanya telah meneliti 19 video yang dimuat naik di media sosial Pusat Kajian Ajaran Sesat (PUKAS) dan penelitian dijalankan bagi mengukuhkan lagi hasil siasatan sedia serta mendapatkan keterangan daripada individu atau pihak-pihak lain bagi melengkapkan siasatan.

“Hasil serbuan polis ke atas 18 premis terbabit, Jais telah berbincang dengan polis supaya barang-barang rampasan berkaitan kepercayaan dan amalan ahli GISBH diserahkan kepada Jais untuk siasatan lanjut bawah Seksyen 7, 12 dan 13 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995,’’ katanya. – 12 September, 2024

Topics

 

Hangat

Related