Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Akmal bagi amaran pada Ketua Pemuda DAP 'jangan jolok sarang tebuan’ | Scoop

Akmal bagi amaran pada Ketua Pemuda DAP ‘jangan jolok sarang tebuan’

7:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno, Dr Muhammad Akmal Saleh memberi amaran kepada Ketua Pemuda DAP, Dr Kelvin Yii Lee Wuen supaya tidak ‘menjolok sarang tebuan’ berhubung isu pensijilan halal.

Jelasnya, Kelvin juga diminta memberi tunjuk ajar kepada pemimpin senior dalam parti itu tentang adab.

“Semak semula siapa yang mulakan isu ini. Sila ajar pemimpin senior kamu untuk beradab. Sarang tebuan jangan dijolok. Hal Melayu Islam jangan nak menyibuk.

“Kalau tak mahu kami disini biadap, jangan celupar, jangan mencabar!

“Kami boleh bersahabat dan berkawan dengan sesiapa sahaja, malah akan membalas dengan berlipat ganda kebaikan dengan orang yang berbudi pekerti.

“Tapi kalau kamu tiada pekerti dan hilang susila, mari kami tunjuk cara biadap dan kurang ajar yang sebenar. Malulah anak jantan kalau orang menjual kita tidak membeli,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Ketua Pemuda DAP, Dr Kelvin Yii Lee Wuen sebelum ini menggesa Dr Muhammad Akmal Saleh mengamalkan politik matang tanpa perlu mengeluarkan kenyataan ‘seksis terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok. – Gambar dari Facebook, 9 September, 2024

Beliau berkata demikian bagi membalas kenyataan Kelvin Yii yang mendakwanya sebagai seksis, misoginis serta biadap apabila menggelar Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok sebagai ‘nyonya tua’ susulan polemik isu sijil halal.

Terdahulu Ketua Pemuda DAP itu menggesa Akmal mengamalkan politik matang tanpa perlu mengeluarkan kenyataan ‘seksis’ terhadap Ahli Parlimen Seputeh itu.

“Biarpun Teresa tidak bersetuju dengan cadangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam mempertimbangkan mewajibkan sijil halal, pemimpin Umno itu boleh menentangnya dengan fakta dan hujah dan bukan membuat panggilan nama.

“Kenyataan Akmal itu berbaur seksis dan misoginis (kebencian terhadap wanita) dan benar-benar biadab serta tidak wajar (dilakukan oleh) seorang pemimpin belia di negara kita,” kata Yii.

Hari ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, mengesahkan Teresa akan dipanggil bagi memberi keterangan di Bukit Aman esok susulan beberapa laporan polis dibuat susulan kenyataannya berkait sijil halal. – 9 September, 2024

Topics

 

Hangat

Related