Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
2 pekerja binaan maut tertimbus tanah runtuh | Scoop

2 pekerja binaan maut tertimbus tanah runtuh

Mayat dua pekerja itu ditemui pada 11.12 pagi dan mangsa kedua dijumpai

1:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua pekerja pembinaan maut selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan Elmina Ridge, Shah Alam, hari ini.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, dalam kejadian pada 10.29 pagi itu, dua mangsa warga Bangladesh itu tertimbus dalam runtuhan tanah dan konkrit culvert u box dengan kedalaman 0.3 meter.

“Ketika kejadian mereka melakukan kerja-kerja pembinaan longkang,’’ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, mangsa pertama dibawa keluar pada 11.12 pagi manakala mangsa kedua pula pada pukul 11.35 pagi tadi. – 9 September, 2024

Topics

 

Hangat

Related