Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Bajet 2025: Persatuan penjaja mohon RM50 bilion, tambahan RM6 bilion bantu peniaga PKS | Scoop

Bajet 2025: Persatuan penjaja mohon RM50 bilion, tambahan RM6 bilion bantu peniaga PKS

Datuk Seri Rosli Sulaiman berkata, peningkatan berbanding RM44 bilion pada belanjawan tahun lalu adalah selari bagi membantu golongan peniaga dan penjaja kecil yang terkesan dengan ketidaktentuan ekonomi ketika ini

8:04 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia (G3PM) berharap kerajaan dapat meningkatkan peruntukan sehingga RM50 bilion kepada komuniti peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menjelang pembentangan Bajet 2025, 18 Oktober ini.

Bercakap kepada Scoop, presidennya, Datuk Seri Rosli Sulaiman berkata, peningkatan berbanding RM44 bilion pada belanjawan tahun lalu adalah selari bagi membantu golongan peniaga dan penjaja kecil yang terkesan dengan ketidaktentuan ekonomi pada ketika ini.

Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia (G3PM), Datuk Seri Rosli Sulaiman berharap kerajaan turut menimbang penyediaan geran (percuma) kepada golongan peniaga, selain daripada bantuan pinjaman. – Gambar Bernama, 9 September, 2024

“Tahun lepas kami minta peruntukan RM40 bilion namun kami berbesar hati apabila kerajaan beri RM44 bilion.

“Jadi, tahun ini kami mohon kerajaan peruntukan sebanyak RM50 bilion bagi membantu usahawan PKS yang turut terkesan dengan keadaan ekonomi semasa.

“Macam sekarang, peniaga-peniaga kecil susah nak dapat untung… margin keuntungan pun paling-paling RM60 sehari.

“Jadi, pihak persatuan berharap dengan tambahan peruntukan ini dapat membantu mereka membuat pinjaman agar dapat membuat modal pusingan sekali gus membantu meningkatkan perniagaan masing-masing,” katanya.

Menurut Rosli, pihaknya berharap kerajaan turut menimbang penyediaan geran (percuma) kepada golongan peniaga, selain daripada bantuan pinjaman.

Beliau berkata, dengan wang geran yang diperolehi secara tidak langsung boleh membantu golongan usahawan dan peniaga untuk meningkatkan lagi produktiviti produk yang diusahakan.

“Selain itu, pecahan bajet tersebut juga boleh disalurkan kepada penyediaan kursus digital untuk peniaga agar perusahaan turut berkembang menerusi perkongsian di laman maya.

“Daripada RM50 bilion itu, mungkin kerajaan boleh sediakan sebahagian daripada peruntukan itu sebagai geran kepada peniaga.

“Ini kerana sejak dahulu lagi, peniaga IKS tidak pernah menerima geran berbanding industri lain.

“Jadi, untuk memohon geran, agensi terlibat boleh terlebih dahulu membuat kajian dan audit bagi memastikan mereka betul-betul layak terima geran tersebut,” katanya.

Selain itu, beliau juga berharap proses pinjaman dari pelbagai agensi berkaitan tidak terlalu ketat sehingga membantutkan hasrat peniaga untuk memohon pinjaman. – 9 September, 2024

Topics

 

Hangat

Related