Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
BN pertaruh Ketua Pemuda Umno Kluang calon PRK DUN Mahkota | Scoop

BN pertaruh Ketua Pemuda Umno Kluang calon PRK DUN Mahkota

Pengumuman itu dilakukan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini

7:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno Bahagian Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Johor.

Pengumuman itu dilakukan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini.

Majlis berkenaan turut dihadiri Pengerusi BN yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Mahkota pada 28 September ini, berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zin pada 2 Ogos lalu.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun, dilaporkan berkata tarikh penamaan calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 14 dan 24 September.

Pada PRN Johor yang diadakan pada Mac 2022, Sharifah Azizah yang juga calon Barisan Nasional (BN) menang kerusi DUN Mahkota dengan majoriti 5,166 selepas memperoleh 16,611 undi.

Beliau menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Taqiuddin Cheman yang memperoleh 11,445 undi. Calon PN, Mohamad Nor Lingan pula meraih 7,614 undi manakala calon Warisan, Mohamed Noor Suleiman mendapat 555 undi. – 7 September, 2024

Topics

 

Hangat

Related