Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Malaysia tidak sokong usaha serang mana-mana negara: PM | Scoop

Malaysia tidak sokong usaha serang mana-mana negara: PM

'Jika ditanya mengenai pendirian kami, ia adalah untuk keamanan. Oleh itu kami tidak menyokong sebarang usaha meningkatkan pertahanan atau persenjataan untuk menyerang mana-mana negara,' kata Anwar

1:14 PM MYT

 

VLADIVOSTOK – Malaysia tidak menyokong sebarang usaha memperkukuh kuasa pertahanan untuk menyerang negara lain, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, pendirian Malaysia adalah untuk keamanan.

“Tetapi jika ditanya mengenai pendirian kami, ia adalah untuk keamanan. Oleh itu kami tidak menyokong sebarang usaha meningkatkan pertahanan atau persenjataan untuk menyerang mana-mana negara,” kata Anwar di luar sidang Forum Ekonomi Timur (EEF).

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara bersama RIA Novosti dan RT, lapor Sputnik.

Dalam temu bual yang sama, Anwar turut menyuarakan keterujaannya tentang lawatannya ke Rusia dan berhasrat untuk melawat St. Petersburg serta Moscow.

“Saya teruja. Saya akan menyebut dalam kuliah saya hari ini bahawa saya mengenali Rusia lebih melalui novel-novel (Boris) Pasternak, puisi Anna Akhmatova dan (Lev) Tolstoy.

“Saya sangat menantikan lawatan ke Moscow, khususnya St. Petersburg, yang saya rasa antara bandar paling menakjubkan di dunia,” kata Anwar.

Forum Ekonomi Timur bermula 3 hingga 6 September. – 6 September, 2024

Topics

 

Hangat

Related