Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Kerajaan tidak pernah bincang laksana semula GST: PM | Scoop

Kerajaan tidak pernah bincang laksana semula GST: PM

Perbincangan tertumpu kepada strategi belanjawan dan cara untuk meningkatkan hasil kerajaan dalam usahanya untuk menangani isu kenaikan kos, kata Perdana Menteri

7:17 PM MYT

 

VLADIVOSTOK – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata kerajaan tidak pernah membincangkan untuk melaksanakan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebagai alternatif kepada pemotongan subsidi.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata perbincangan tertumpu kepada strategi belanjawan dan cara untuk meningkatkan hasil kerajaan dalam usahanya untuk menangani isu kenaikan kos.

“Tiada yang khusus (mengenai GST) telah dibincangkan. Sesebuah negara tidak boleh ditadbir berdasarkan khabar angin,” katanya pada sidang media hari terakhir lawatan beliau ke Rusia, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan mengenai laporan oleh agensi berita asing Bloomberg baru-baru ini yang melaporkan Malaysia sedang menimbang untuk melaksanakan semula cukai tersebut bagi menggantikan pemotongan subsidi untuk petrol yang biasa digunakan ketika kerajaan berusaha untuk meningkat kewangannya.  

Anwar berada di sini sempena menyertai Forum Ekonomi Timur (EEF) ke-9. Lawatan kerja dua hari beliau ke bandar pelabuhan terbesar di rantau timur jauh Rusia ini berakhir hari ini. – 5 September, 2024

Topics

 

Hangat

Related