Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Perkeso diarah rombak SOP tuntutan faedah tangani penipuan tuntutan palsu | Scoop

Perkeso diarah rombak SOP tuntutan faedah tangani penipuan tuntutan palsu

Steven Sim berkata, ia susulan kes penahanan 32 individu termasuk tiga doktor oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi Op Tunjang bersama agensi berkenaan

3:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) diarah untuk serta merta merombak semula prosedur operasi standard (SOP) tuntutan faedah bagi mengelak kartel penipuan tuntutan palsu berulang.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkata, ia susulan kes penahanan 32 individu termasuk tiga doktor oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi Op Tunjang bersama agensi berkenaan.

Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi tuntutan faedah termasuk Hilang Upaya Kekal (HUK) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan dirombak serta-merta bagi membendung penyelewengan tuntutan palsu berulang.

“Saya telah mengarahkan Perkeso mengambil langkah proaktif untuk merombak semula proses tuntutan bagi mengelak tuntutan palsu berulang di masa hadapan.

“Kita akan melihat kepada proses membuat tuntutan, semak imbang dan sebagainya. Ia akan dikaji semula serta dirombak untuk meletakkan mekanisme elak tuntutan palsu,” katanya pada sidang media khas di Menara Perkeso hari ini.

Terdahulu, media melaporkan tiga doktor bersama 30 individu direman antara sehari hingga tiga hari bagi membantu siasatan kartel memalsukan tuntutan hilang upaya Perkeso bernilai RM2.1 juta sejak 2017.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi di Mahkamah Majistret Georgetown, Pulau Pinang, pagi tadi.

Dalam pada itu Steven memaklumkan, Op Tunjang akan diteruskan dengan kerjasama SPRM dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurutnya, Perkeso melalui siasatan dalaman oleh Bahagian Anti Fraud, Etika dan Integriti (ARFI) juga telah membongkar kewujudan rangkaian kartel penipuan tuntutan palsu faedah hilang upaya kekal (HUK) sejak beberapa tahun lalu.

“Kementerian Sumber Manusia dan Perkeso tidak akan berkompromi serta bertekad untuk memerangi kegiatan kartel secara habis-habisan.

“Ini kerana peruntukan faedah perlindungan sosial itu sepatutnya disalurkan kepada pencarum, selain waris keluarga yang betul-betul layak serta memerlukan,” katanya. – 4 September, 2024

Topics

 

Hangat

Sewing up accountability: Khazanah, PNB’s FashionValet losses demand transparency – A. Azim Idris

Public pressure mounts for transparency in the management of the GLCs' funds amid recent investment setbacks

Nga Kor Ming questions ‘strange’ police probe over Christmas celebration

IPOH – Housing and Local Government Minister Nga Kor Ming confirmed that police have recently recorded his statement in relation to a Christmas celebration organised by his ministry. Nga said officers from the...

The wasted potential that is Port Klang – Ravindran Raman Kutty

Misplaced priorities and plain lackadaisical attitudes kill endless possibilities of port town

Related