Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
[TONTON] Trick Lama: Anda percaya orang Umno bersih, boleh digunakan tanpa was-was, soal Wan Saiful | Scoop

[TONTON] Trick Lama: Anda percaya orang Umno bersih, boleh digunakan tanpa was-was, soal Wan Saiful

3:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan menyifatkan parti Bersatu menjadi sasaran dan pemimpinnya dikenakan tindakan undang-undang termasuk beliau sendiri.

Justeru beliau mempersoalkan mengenai parti lain iaitu Umno yang tidak dikenakan tindakan sama.

“Kita fikir secara logik, adakah anda percaya orang Umno sekarang adalah bersih sebersihnya dan boleh digunakan tanpa was-was? Adakah anda percayakannya?,’’ soal beliau.

Banyak isu panas yang dibangkitkan oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan dalam podcast Scoop, Trick Lama. – Gambar Azim Rahman, 3 September, 2024

Wan Saiful yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu menyatakan pandangan beliau ketika menjadi tetamu dalam podcast Scoop, Trick Lama, baru-baru ini.

Ia diterajui Ketua Pegawai Eksekutif Big Boom Media, Datuk Zainul Arifin Mohammed Isa; Pengarah Eksekutif Kumpulan, Datuk Ahirudin Attan (lebih dikenali sebagai Rocky Bru) dan Ketua Pengarang Kumpulan, Terence Fernandez.

Wan Saiful juga berkata, meskipun banyak pihak yang menyatakan sudah tiba masanya Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur sebagai presiden Bersatu dan membiarkan pemimpin muda mengambil alih, namun beliau berfikir sebaliknya.

Muhyiddin, katanya,  perlu ada untuk mengetuai peralihan dalam Bersatu dan itu yang sedang dilakukannya.

“Beliau sudah umum siapa akan dicalonkan sebagai Timbalan dan Naib Presiden pada pemilihan parti yang akan datang dan itu melambangkan keterbukaan Muhyiddin bagi memastikan peralihan itu berjalan secara lancar,’’ katanya.

Ia antara isu panas yang dibincangkan menerusi podcast Scoop, Trick Lama, baru-baru ini. – 3 September, 2024

Topics

 

Hangat

Related