Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
6 lelaki termasuk pegawai penguat kuasa direman bantu siasatan rasuah | Scoop

6 lelaki termasuk pegawai penguat kuasa direman bantu siasatan rasuah

Semalam, kesemuanya ditahan di pejabat SPRM di sini antara 2 hingga 5 petang, selepas mereka hadir memberi keterangan

12:43 PM MYT

 

KOTA BHARU – Seorang pegawai penguat kuasa sebuah jabatan kerajaan antara enam lelaki direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah.

Perintah reman terhadap kesemua lelaki berusia 50-an itu dikeluarkan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Semalam, kesemuanya ditahan di pejabat SPRM di sini antara 2 hingga 5 petang, selepas mereka hadir memberi keterangan.

Difahamkan mereka disyaki meminta dan menerima suapan secara bulanan antara RM5,000 hingga RM10,000 bagi melindungi dan tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap aktiviti penyeludupan barangan bersubsidi seperti minyak serta barangan seludup lain termasuk rokok. – 3 September, 2024

Topics

 

Hangat

Related