Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Tragedi lori jatuh laut, pemandu ditemukan lemas | Scoop

Tragedi lori jatuh laut, pemandu ditemukan lemas

JBPM berjaya mengeluarkan mangsa, Mohd Hafiz Abdul Salam dan membawa ke darat pada jam 5 petang tadi

6:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 24 tahun, ditemukan lemas selepas selepas lori yang dipandunya terjatuh ke dalam laut di Dermaga Pelabuhan Barat, Klang di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata pasukannya berjaya mengeluarkan mangsa, Mohd Hafiz Abdul Salam, 24 dan membawa ke darat pada jam 5 petang tadi.

Mangsa yang berkerja sejak 21 Disember 2022, ditemukan kira-kira 20 meter dari lokasi kejadian dan pada kedalaman 13 meter.

Beliau berkata, mangsa ditemukan selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan melibatkan empat anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang.

“Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 12.42 tengah hari sebelum empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pulau Indah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kejadian dipercayai berlaku selepas lori yang dipandu mangsa dipercayai terbabas sebelum terjatuh ke dalam laut,’’ katanya di sini, hari ini.

Wan Md Razali memberitahu, operasi SAR turut dibantu 16 anggota BBP Shah Alam dan Pelabuhan Barat bersama sebuah bot.

“Selain itu, kita turut mendapat bantuan anggota daripada Pasukan Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bersama dua bot,” katanya. – 1 September, 2024

Topics

 

Hangat

Related