Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Peniaga trauma, pelanggan pula hindari kawasan tanah mendap Jalan Masjid India | Scoop

Peniaga trauma, pelanggan pula hindari kawasan tanah mendap Jalan Masjid India

Walaupun DBKL memberikan kebenaran untuk peniaga meneruskan operasi, namun ia menyebabkan ramai orang cuba menghindari kawasan itu kerana faktor keselamatan

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Peniaga bazar di Jalan Melayu dekat Masjid India, di sini boleh diibaratkan berniaga dalam keadaan ketakutan memandangkan insiden tanah jerlus yang berlaku di Jalan Masjid India, pada Jumaat lalu hanya beberapa meter daripada kawasan khemah perniagaan mereka.

Meskipun ada yang menjalankan urusan mereka seperti biasa namun insiden itu turut memberikan rasa trauma dalam diri mereka ketika mencari rezeki.

Pengerusi Persatuan Peniaga Bazar Melayu Moden Jalan Melayu Off Jalan Masjid India, Hamidi Abd Hamid berkata, situasi bertambah teruk apabila bandaraya Kuala Lumpur sejak beberapa hari lalu kerap dilanda hujan lebat sehingga menyebabkan banjir kilat. – Gambar Alif Omar/Scoop, 28 Ogos, 2024

Pengerusi Persatuan Peniaga Bazar Melayu Moden Jalan Melayu Off Jalan Masjid India, Hamidi Abd Hamid, walaupun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberikan kebenaran untuk peniaga meneruskan operasi, namun ia menyebabkan ramai orang cuba menghindari kawasan itu kerana faktor keselamatan.

Ia secara tidak langsung telah menjejaskan pendapatan seharian mereka, sama seperti situasi yang dihadapi para peniaga ketika ini.

Situasi bertambah teruk apabila bandaraya Kuala Lumpur sejak beberapa hari lalu kerap dilanda hujan lebat sehingga menyebabkan banjir kilat di sesetengah tempat di ibu kota.

“Memang terjejas sedikit, tambahan ekonomi juga perlahan, jadi memang terjejas ditambah dengan hujan.

“Sebelum ini insiden bazar terbakar, jadi peniaga ada di antara mereka sudah bersiap dengan segala kemungkinan dengan perkara sebegini. Cuma penutupan kali ini adalah demi keselamatan orang awam, jadi kita kena akur dan patuhi.

“Kami di bawah DBKL, jadi pihak bomba dan polis akan berurusan dengan DBKL. Di pihak kami, kami akan ikut sahaja sebarang arahan, jika arahan disuruh kami tutup, kami tutup, kalau diarah buka kami akan jalankan perniagaan seperti biasa.

“Alhamdulillah kami di Jalan Melayu masih diberikan kebenaran untuk berniaga, cuma pelancong dan orang ramai tetap ada perasaan takut dan sebagainya, tambah dengan cuaca (hujan lebat), meniaga pun agak perlahan, tetapi kami teruskan juga berniaga walaupun hakikatnya kami akui takut,” katanya kepada Scoop.

Jalan Masjid India terpaksa ditutup sejak Jumaat lalu susulan kejadian pelancong warga India, Vijaya Lakshmi yang terjatuh ke dalam tanah jerlus ketika sedang berjalan dari arah Selangor Mansion menuju ke Wisma Yakin.

27082024 - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil melawat IWK Pantai Dalam, lokasi misi SAR wanita warganegara India yang jatuh dan tertimbus di Masjid India. 021
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil ketika meluang masa melawat IWK Pantai Dalam, lokasi misi SAR wanita warganegara India yang jatuh dan tertimbus di Masjid India baru-baru ini. – Riduan Rizal Ahmad/Scoop, 28 Ogos, 2024

Lebih membahayakan, pihak berkuasa mendedahkan terdapat ancaman gas berbahaya yang terkumpul di dalam tangki najis setinggi 15 meter di Loji Indah Water Konsortium (IWK) Pantai Dalam di sini.

Difahamkan pasukan penyelamat sedang bertungkus lumus meneruskan operasi, namun sehingga kini masih gagal menemukan mangsa walaupun sudah menjalankan pencarian semula di lima daripada enam lurang kumbahan Indah Water Konsortium (IWK). – 28 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Related