Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Tanah mendap di Jalan Masjid India: Peniaga sifatkan ia situasi terburuk sejak Covid-19 | Scoop

Tanah mendap di Jalan Masjid India: Peniaga sifatkan ia situasi terburuk sejak Covid-19

Jalan Masjid India terpaksa ditutup sejak Jumaat lalu susulan kejadian pelancong warga India, Vijaya Lakshmi yang terjatuh ke dalam tanah jerlus ketika sedang berjalan dari arah Selangor Mansion menuju Wisma Yakin

10:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Para Peniaga di sekitar Jalan Masjid India mengakui tidak pasti sampai bila mereka perlu berdepan dengan penutupan jalan di kawasan itu, yang setakat ini telah menjejaskan hasil jualan mereka.

Situasi berkenaan juga disifatkan mereka sebagai terburuk sejak pandemik Covid-19 melanda negara empat tahun lalu.

Pekerja butik terkemuka Omar Ali, Abdur Rahman Muhammad, berkata suasana di Masjid India ketika ini agak lenggang, dan secara tidak langsung menjejaskan mata pencarian mereka. – Gambar Alif Omar/Scoop, 27 Ogos, 2024

Jika dulu keadaan di situ dipenuhi pelanggan terutama pada hujung minggu, kini ia sepi malah pelanggan juga takut untuk mengunjungi tempat berkenaan susulan kejadian tanah mendap di kawasan berkenaan.

Jalan Masjid India terpaksa ditutup sejak Jumaat lalu susulan kejadian pelancong warga India, Vijaya Lakshmi yang terjatuh ke dalam tanah jerlus ketika sedang berjalan dari arah Selangor Mansion menuju ke Wisma Yakin.

Menurut peniaga yang ditemui Scoop, meskipun pasukan penyelamat sedang bertungkus lumus untuk mencari keberadaan mangsa namun insiden tanah jerlus itu sedikit sebanyak turut memberi kesan kepada mereka.

Antara yang melahirkan kegusaran tersebut adalah Abdur Rahman Muhammad, yang merupakan pekerja di butik terkenal, Omar Ali.

Butik tersebut adalah antara sebilangan besar yang terkesan dengan insiden ini memandangkan ia terletak hanya beberapa meter sahaja daripada kawasan tanah jerlus itu.

Bagi Rahman, suasana di Masjid India ketika ini cukup lenggang, terutama pada hujung minggu lalu, dan ini secara tidak langsung telah menjejaskan mata pencarian mereka.

“Tak tahu sampai bila (jalan ditutup), sampai jumpalah mangsa, baru mereka akan berhenti, dan melakukan kerja-kerja penutupan lubang itu.

“Kalau boleh seberapa cepat yang dapat (untuk menemukan wanita tersebut), kalau ada mesin-mesin yang boleh dikerahkan untuk mengesan wanita tersebut, kita pun meniaga teruk, kerana apabila mereka menutup jalan, pelanggan hendak masuk pun tidak boleh.

“Kalau hendak masuk ke sini, kena soal dengan polis, kalau hendak ke kedai dibenarkan, tetapi kalau sengaja mahu datang dan melihat tempat kejadian, mereka tidak dibenarkan masuk langsung,” kata Rahman kepada Scoop.

Seorang lagi peniaga turut meluahkan perkara yang sama apabila berdepan kekangan untuk menaikkan jualan mereka sepanjang beberapa hari ini.

27082024 - Tinjauan Tanah Jerlus dan kawasan Masjid India Lengang - ALIF OMAR_7
Tinjauan Scoop mendapati aktiviti perniagaan masih berjalan seperti biasa walaupun kurang pelanggan, namun sampai bila keadaan ini akan berterusan masih menjadi tanda tanya. – Gambar Alif Omar/Scoop, 27 Ogos, 2024

Malah dalam masa yang sama, peniaga songkok yang enggan dikenali itu juga khuatir dengan keselamatan diri kerana kawasan tanah jerlus itu berlaku tidak jauh daripada premis masing masing.

Menurutnya, kebiasaannya kawasan Masjid India akan dipenuhi orang ramai yang datang berjalan dan membeli-belah di situ.

“Tetapi apabila insiden ini berlaku, tambahan jalan juga ditutup, saya difahamkan kebanyakan orang termasuk pelanggan takut untuk mendekati kawasan ini kerana khuatir jika berlaku lagi insiden tanah jerlus.

“Bukan sahaja pelanggan, kami sebagai peniaga di sini juga risau jika perkara sama berlaku buat kami ketika sedang mencari rezeki,” jelasnya. – 27 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Related