Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Siasatan kes bunuh murid Orang Asli pada peringkat akhir: KP Perak | Scoop

Siasatan kes bunuh murid Orang Asli pada peringkat akhir: KP Perak

Pihak polis telah merakam percakapan beberapa individu terdiri daripada pengadu, saksi, kenalan keluarga mangsa serta penduduk kampung

3:21 PM MYT

 

LENGGONG – Siasatan berhubung kes kematian seorang kanak-kanak perempuan Orang Asli berusia 10 tahun dipercayai dirogol dan dibunuh di Kampung Pos Bersah, Pos Kuala Mu dekat Sungai Siput, kini berada pada peringkat akhir.

Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata pihaknya telah merakam percakapan beberapa individu terdiri daripada pengadu, saksi, kenalan keluarga mangsa serta penduduk kampung.

“Suspek (lelaki) pun kita sudah tahan serta kita juga mengambil kira pandangan dan pelbagai elemen daripada pakar-pakar yang berkaitan.

“Siasatan hampir lengkap … 99.9 peratus. Maknanya siasatan sudah berada pada peringkat akhir dan kita akan teruskan tindakan kepada pertuduhan (di mahkamah),” katanya pada sidang media selepas mengadakan tinjauan kerja-kerja pembaikan kuarters di Balai Polis Lenggong di sini hari ini.

Nuraina Humaira Rosli yang dilaporkan hilang sejak 16 Ogos ditemukan meninggal dunia di kawasan berpaya di perkampungan berkenaan pada 17 Ogos lepas dan keputusan bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat tekanan pada bahagian leher.

Isnin lepas, seorang remaja lelaki berumur 17 tahun direman selama seminggu hingga 25 Ogos ini bagi membolehkan polis melakukan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – 23 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Related