Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Umno kembali tanding solo PRU16, kenapa tidak?, soal Akmal Saleh | Scoop

Umno kembali tanding solo PRU16, kenapa tidak?, soal Akmal Saleh

Hari ini, kita tidak memutuskan lagi untuk bersama siapa menghadapi PRU-16, tidak dibincang di peringkat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) mahupun BN, kata Akmal

2:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak pernah menutup pilihan untuk bertanding secara solo bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Ketua Pemudanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, bertanding secara solo sentiasa terbuka kerana dalam menuju PRU16 setakat ini masih tiada kata muktamad bagi kerjasama bersama gabungan lain.

“Sudah tentu, dalam parti politik ini kita tidak boleh muktamadkan apa pun. Mungkin hari ini kita bersama orang itu, mungkin minggu depan kita akan berubah.

“Ini mengikut kepada parti, kehendak rakyat dan ahli. Sudah tentu jika ahli kata kita perlu pergi solo, kita pergi solo, tapi mesti ikut kehendak parti.

“Jadi hari ini kita tidak memutuskan lagi untuk bersama siapa menghadapi PRU-16, tidak dibincang di peringkat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) mahupun BN.

“Jadi sudah tentu pilihan (pergi solo) itu terbuka dan mungkin juga kita boleh bersama mana-mana parti, selagi mana ia menguntungkan bangsa, agama dan negara,” katanya kepada media hari ini.

Terdahulu beliau menyampaikan ucapan dasar Ketua Pemuda sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini.

Sebelum ini Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam satu mesyuarat Umno Bahagian Tenggara dipetik berkata, tiada jaminan Umno bersama mana-mana gabungan politik berdepan PRU-16 nanti.

Beliau berkata, Umno tidak terikat dengan sebarang parti untuk bergabung dalam PRU-16.

“Kita hanya terikat dengan perjanjian untuk menubuhkan kerajaan bagi menguruskan negara. Ketika ini, kita perlukan kerajaan yang kuat dan mantap,” katanya.

Selain itu Akmal yang juga Adun Merlimau berkata, beliau juga yakin BN mampu memperoleh dua pertiga majoriti dan kembali menjadi dominan seperti sebelum ini.

“Kita boleh dapat dua pertiga majoriti seperti sebelum ini. Jadi ini permah dilakukan BN untuk beberapa penggal.

“Tahun lepas, akar umbi rata-ratanya menzahirkan kerisauan, apakah bila Rumah Umno berada dalam kejiranan ini, Umno perlu menjadi pak turut. Perasaan kita juga sama dengan perasaan akar umbi.

“Kita tidak mahu Umno terus selesa dengan situasi semasa sebagai pelengkap kepada Kerajaan Perpaduan.

“Umno perlu kembali menjadi parti dominan dalam lanskap politik negara. Angka 26 (kerusi dimenangi Umno) perlu ditingkatkan kembali sehingga menjadi dua pertiga Dewan Rakyat. Ini baru tahap Umno,” katanya.

Ditanya mengenai kerjasama dan persefahaman antara Umno dan parti komponen kerajaan Perpaduan terutama DAP dalam menghadapi PRK DUN Mahkota, Akmal berkata gerak kerja jentera semua parti kekal padu dan utuh.

“Kita bila dalam kerajaan Perpaduan, kita bersama walau guna bendera BN.

“Tapi saya nak maklumkan juga kalau ada (parti) masih kata mahukan kerusi itu, pemuda Umno tak takut, kita berani dan bersedia bertanding di kerusi itu. Kalau dia nak tanding kita tanding juga,” katanya. – 22 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Related