Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Penyanyi nasyid Yasin dihukum penjara seumur hidup, 16 sebatan | Scoop

Penyanyi nasyid Yasin dihukum penjara seumur hidup, 16 sebatan

Hukuman itu dijatuhkan selepas Yasin didapati bersalah atas tiga tuduhan, dalam prosiding rayuan kes terbabit

12:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Komposer dan penyanyi nasyid, Muhammad Yasin Sulaiman dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan 16 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan dadah dihadapinya, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Norsharidah Awang menjatuhkan hukuman itu selepas Yasin, 48, selepas penyanyi lagu Mimpi Laila itu didapati bersalah atas tiga tuduhan, dalam prosiding rayuan kes itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin dan Ahmad Zuhaini Mahamad Amin manakala peguam Ariff Azami Hussein mewakili Yasin.

Hukuman itu dijatuhkan selepas Hakim Norsharidah membenarkan rayuan pendakwaan selaku perayu ke atas keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Faiz Dziyauddin yang melepas dan membebaskan Yasin pada 29 November 2023.

Hakim Faiz Dziyauddin ketika itu mengarahkan penyanyi berusia 48 tahun itu ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak selama tempoh mengikut perkenan Sultan Selangor.

Dalam pada itu, Yasin sebaik mendengar keputusan berkenaan berkata:

“Hari ini hari yang gelap untuk saya.

Dia kemudiannya dibawa polis dalam keadaan bergari ke Penjara Kajang.

Pada 24 Mac tahun lepas, Yasin didakwa dengan satu pertuduhan memiliki 193.7 gram (g) ganja di sebuah kondiminium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara, di sini, pada pukul 5.30 petang pada 24 Mac 2022.

Bagi kesalahan itu, Yasin didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 39A(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan juga boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Yasin didakwa menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya Kanabis yang diperolehi secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama, mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 6B(3) akta sama Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.

Pertuduhan ketiga Yasin didakwa memberikan dirinya dadah berbahaya jenis ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, pukul 11.05 malam pada tarikh sama.

Bagi kesalahan itu pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 15 (1) akta yang sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau dikenakan penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Pada mulanya penyanyi itu mempunyai pertuduhan keempat iaitu mengedar 214g ganja di rumahnya dan boleh dikenakan hukuman mati, tetapi dia dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) pada Julai 2022.

Sementara itu, Ariff Azami ketika ditemui pemberita di luar mahkamah memaklumkan akan memasukkan notis rayuan berhubung keputusan hakim Mahkamah Tinggi itu esok. 

“Keputusan hari ini, kita akur dan hormat dan Mahkamah Tinggi ada hak untuk mengesahkan atau menukar apa-apa keputusan Hakim Mahkamah Sesyen. Kita ada satu lagi lapisan iaitu di Mahkamah Rayuan dan kita akan lawan di peringkat tersebut,” katanya. 

Beliau turut berharap rawatan dan perubatan yang telah dijalani anak guamnya sebelum ini dapat diteruskan di Penjara Kajang.  – 22 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Related