Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Kes keracunan meningkat, peniaga diminta prihatin kebersihan penyediaan makanan | Scoop

Kes keracunan meningkat, peniaga diminta prihatin kebersihan penyediaan makanan

Tinjauan Scoop mendapati masih banyak ruang untuk gerai-gerai meningkatkan lagi tahap kebersihan penyediaan makanan

10:00 PM MYT

 

SHAH ALAM – Sikap segelintir peniaga yang tidak mengutamakan aspek kebersihan ketika mengendalikan makanan amat mengecewakan dan perlu diberikan perhatian segera oleh pihak berkuasa.

Meskipun kes-kes keracunan makanan semakin banyak dilaporkan media, namun ia seolah-olah dipandang sepi oleh peniaga.

Tinjauan Scoop di kawasan Shah Alam mendapati peniaga di gerai-gerai di situ masih mempunyai ruang untuk meningkatkan lagi tahap kebersihan penyediaan makanan.

Perkara itu turut dipersetujui oleh seorang penuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Hafiz Zaidi, 22, yang mendapati ada pengendali makanan yang tidak memakai pakaian sesuai ketika menjalankan perniagaan.

Menurut para pembeli yang ditemui, masih kurang ramai peniaga yang menggunakan sarung tangan ketika menyediakan makanan dijual. Gambar sekadar hiasan – Alif Omar/Scoop, 12 Ogos, 2024

“Masih ada pengendali makanan yang memakai aksesori seperti cincin dan gelang semasa menyediakan makanan.

“Mungkin sebab mereka sudah terbiasa atau tidak mahu menanggalkannya dan menganggapnya sebagai perkara penting,’’ katanya ketika ditemui Scoop.

Baru-baru ini, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan supaya menguatkuasa undang-undang berkaitan keselamatan makanan dengan tegas memandangkan kejadian kes keracunan makanan yang berlaku di negara ini.

Ia termasuk kejadian keracunan makanan di sekolah dengan di Gombak, Selangor, pada Jun lalu di mana seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun meninggal dunia selepas mengambil makanan di program sekolah itu.

Para pembeli berharap pihak berkuasa dapat menjalankan lebih banyak pemeriksaan dan mengenakan tindakan lebih keras termasuk mengenakan kompaun kerana gagal mematuhi peraturan dalam menyediakan makanan. Gambar sekadar hiasan – Muharram Kasim, 12 Ogos, 2024

Hafiz berharap pihak berkuasa dapat menjalankan lebih banyak pemeriksaan dan mengenakan tindakan lebih keras termasuk mengenakan kompaun kerana gagal mematuhi peraturan dalam menyediakan makanan.

Seorang lagi penuntut, Suraya Aziz, 22, pula berkata, ada peniaga yang tidak menggunakan sarung tangan yang ditetapkan, ketika menyediakan makanan dan minuman.

“Amat jarang nampak peniaga yang pakai sarung tangan terutama peniaga yang menjual air,’’ katanya.

Jelasnya, persekitaran tempat perniagaan juga menyukarkan peniaga untuk mengekalkan kebersihan seperti peniaga gerai di tepi jalan di mana bahan jualan mudah terdedah kepada pencemaran terutama debu jalan.

Para pembeli juga menyedari bahawa persekitaran kawasan makanan dijual juga mempengaruhi kualiti kebersihan makanan. Gambar sekadar hiasan – Gambar fail Scoop, 12 Ogos, 2024

Selain itu, faktor cuaca juga perlu diambil kira dan peniaga perlu memastikan kawasan tempat mereka berniaga sentiasa kering dan bersih agar makanan tidak basi.

Bagi seorang pengurus pemasaran, Liana Syukri, 27, walaupun ada kekurangan dari segi pemakaian di sesetengah tempat makan namun dia beranggapan faktor cuaca turut menyukarkan mereka mengekalkan kebersihan.

“Mereka kena pastikan semua makanan dan kawasan gerai sentiasa kering supaya makanan tidak rosak atau kotor.

“Gerai-gerai di tepi jalan biasanya kalau panas terik, ada pengendali lelaki yang memakai baju tanpa lengan dan ini juga boleh berisiko untuk makanan tercemar.

“Sepatutnya mereka memakai pakaian yang sesuai tetapi disebabkan mungkin tidak tahan panas, mereka masih melakukannya,’’ katanya. – 12 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Related