Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Warganegara Malaysia bukan Islam bukan kafir harbi: Pejabat Mufti | Scoop

Warganegara Malaysia bukan Islam bukan kafir harbi: Pejabat Mufti

Istilah 'kafir harbi' merujuk kepada golongan bukan Islam yang tiada jaminan perlindungan daripada orang Islam dan merupakan golongan yang memerangi Islam

3:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Gelaran kafir harbi tidak boleh ditujukan kepada mana-mana warganegara bukan Islam di sesebuah negara yang menghormati perlembagaannya dan mematuhi undang-undangnya.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan istilah ‘kafir harbi’ adalah dirujuk kepada golongan orang bukan Islam yang tiada jaminan perlindungan daripada orang Islam dan merupakan golongan yang memerangi Islam serta melakukan kejahatan ke atas mereka.

“Dalam konteks di Malaysia, setiap warganegaranya daripada kalangan bukan Islam, maka mereka jauh sekali untuk dimasukkan dalam kategori golongan kafir harbi.

“Hal ini kerana ia tidak menepati definisi dan tidak mencukupi ciri yang telah ditetapkan oleh para ulama.

“Selain itu, melabelkan seseorang warganegara dengan gelaran ini akan membawa implikasi yang buruk dan dahsyat kerana mereka halal untuk diperangi, keamanan mereka tidak akan dijaga dan keselamatan harta benda mereka tidak akan dijamin.

“Oleh yang demikian, perbuatan melabelkan sebahagian daripada warganegara sesebuah negara dengan label sebegitu merupakan satu perbuatan yang ekstrem dan keterlaluan,” katanya.

Jawapan itu dipaparkan pejabat itu di laman webnya menerusi Irsyad Hukum Siri Ke-864 hari ini bagi menjawab persoalan siapa sebenarnya dikategorikan sebagai kafir harbi dalam konteks zaman sekarang.

Tambahnya, jika ingin melihat konteks kafir harbi pada zaman sekarang, maka istilah itu boleh dirujuk kepada kumpulan Zionis dan Israel yang memusuhi dan memerangi umat Islam serta mengusirkan mereka daripada tempat kediaman dan tanah air mereka.

Semalam, DAP menggesa individu yang mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu adalah ‘kafir harbi di Malaysia’ pada satu program ceramah PN di Nenggiri supaya memohon maaf.

Tuntutan itu dibuat menerusi kenyataan bersama Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Sheikh Umar Bagharib Ali, Syahredzan Johan dan Young Syefura Othman, dengan individu terbabit dipercayai menjadi pengerusi pada majlis berkenaan.

“Kita berbincang untuk mengekalkan kempen beretika kerana kita yakin cara kempen yang baik berkenaan lebih disokong oleh rakyat.

“Walaupun (kejadian tersasul) kecil sahaja iaitu di akhir majlis ceramah, sebagai juruacara dia ada keluarkan satu istilah yang bersifat peribadi tapi sebab dalam musim pilihan raya, kita tak nak sebarang sentimen atau kekeruhan,’’ katanya. – 10 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Related