Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Remaja 14 tahun menyamar pegawai perubatan di hospital direman 2 hari | Scoop

Remaja 14 tahun menyamar pegawai perubatan di hospital direman 2 hari

Remaja warga tempatan itu ditahan polis di lobi Hospital Sultan Idris Shah, Serdang semalam, di mana polis turut merampas baju, seluar scrub serta lanyard hak milik hospital

11:54 AM MYT

 

SEPANG – Seorang remaja perempuan yang ditahan semalam kerana disyaki menceroboh dan menyamar sebagai petugas hospital di Serdang, direman selama dua hari sehingga esok.

Perintah reman ke atas remaja berusia 14 tahun itu dikeluarkan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan, hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 448 dan 170 Kanun Keseksaan, iaitu menceroboh dan menyamar sebagai penjawat awam.

Terdahulu, remaja itu tiba di Kompleks Mahkamah Sepang kira-kira pukul 8.40 pagi dengan pakaian lokap berwarna oren, diiring polis.

Semalam, Ketua Polis Daerah Sepang, Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, remaja warga tempatan itu ditahan pada 9 pagi semalam di lobi Hospital Sultan Idris Shah (HSIS) Serdang, dekat sini.

Beliau berkata, polis turut merampas baju, seluar scrub dan lanyard hak milik hospital. – 9 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Related