Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Media berhak lindungi kerahsiaan sumber, ‘tak wajar guna undang-undang desak ia didedah’: Syahredzan | Scoop

Media berhak lindungi kerahsiaan sumber, ‘tak wajar guna undang-undang desak ia didedah’: Syahredzan

Hak untuk melindungi kerahsiaan sumber tidak boleh dinafikan mana-mana pihak, termasuk kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)

7:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Semua pihak perlu menghormati peranan petugas media dan tidak wajar mengatakan sesuatu laporan berita itu, tidak sah biarpun hanya memetik maklumat daripada sumber.

Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan menerusi laman X berkongsikan pandangannya berhubung perkara itu, dengan mengatakan hak untuk melindungi kerahsiaan sumber tidak boleh dinafikan mana-mana pihak, termasuk kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kerahsiaan sumber adalah satu daripada tonggak penting dalam kewartawanan. Wartawan mempunyai tanggungjawab untuk melindungi kerahsiaan sumber yang dirujuk dalam laporan mereka.

“Kerahsiaan ini amat penting supaya media dapat melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai semak dan imbang terhadap kerajaan.

“Ia adalah sebahagian daripada kod etika kewartawanan seluruh dunia,” katanya.

Syahredzan berkata, walaupun beliau tidak menafikan terdapat keperluan untuk pengamal media bertanggungjawab terhadap apa diterbitkan, adalah tidak wajar untuk mana-mana pihak menggunakan peruntukan undang-undang jenayah bagi memaksa atau mendesak wartawan mendedahkan sumber mereka.

“Saya menggesa supaya semua pihak, termasuk PDRM dan kerajaan untuk mendukung hak wartawan dan menghormati peranan media dalam negara kita.

“Malahan, badan kehakiman juga sudah mengiktiraf hak untuk melindungi kerahsiaan sumber dalam beberapa kes, walaupun hak tersebut tidak mutlak,” katanya.

Terdahulu, Gerakan Media Merdeka (Geramm) dan Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJM), tegas membantah sebarang usaha mengancam hak wartawan untuk melindungi kerahsiaan identiti sumber yang tidak dinamakan.

Menerusi kenyataannya, dua organisasi pejuang hak wartawan itu berkata, sebarang berita tidak seharusnya dinilai sebagai ‘tidak benar’ atau ‘tidak sah’ hanya kerana memetik sumber dengan identiti dirahsiakan.

Katanya, apa sahaja bentuk ‘kerjasama’ dengan apa-apa siasatan dijalankan pihak berkuasa juga, tidak harus membabitkan tuntutan untuk mendedahkan identiti sumber yang dirahsiakan.

“Sebaliknya, keperluan untuk menghormati privasi dan kerahsiaan sumber, digariskan sebagai satu daripada lapan nilai Kod Etika Wartawan Malaysia yang dikeluarkan Jabatan Penerangan Malaysia mewakili kerajaan.

“Keperluan sama turut menyumbang ke arah kemampuan wartawan dan organisasi media untuk menjalankan peranan sebagai ‘fourth estate’ atau mewakili suara semua lapisan masyarakat.

“Tanpa jaminan perlindungan, wartawan akan kehilangan kepercayaan dari sumber dengan maklumat yang perlu didedahkan,” katanya. – 8 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Related