Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Tragis! Pemuda diliwat ketika cari kerja di kedai perabot | Scoop

Tragis! Pemuda diliwat ketika cari kerja di kedai perabot

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, kejadian berlaku pada jam 11.30 pagi ketika mangsa berusia 22 tahun datang ke kedai perabot terbabit untuk mencari pekerjaan

5:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Hasrat seorang pemuda mencari kerja bertukar tragedi apabila dia diliwat seorang jurujual warga Pakistan di sebuah kedai perabot di Taman Tanjung Minyak Setia, Melaka, semalam.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, kejadian berlaku pada jam 11.30 pagi ketika mangsa berusia 22 tahun datang ke kedai perabot terbabit untuk mencari pekerjaan.

Menurutnya, mangsa kemudiannya diajak suspek naik ke bahagian atas kedai untuk diperkenalkan dengan ‘pengurus kedai’.

“Sebaik sampai di bahagian atas kedai, mangsa mendapati tiada orang lain dan hanya menjadi tempat simpanan perabot.

“Secara tiba-tiba, suspek menarik tangan mangsa secara paksa dan mengheretnya masuk ke dalam sebuah bilik kecil yang terdapat di bahagian atas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zainol berkata, semasa di dalam bilik tersebut, suspek membuka seluar mangsa secara paksa sebelum meliwatnya.

Katanya, mangsa yang baru menamatkan pengajian di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) cuba melepaskan diri tetapi dihalang oleh suspek.

“Selepas beberapa minit, mangsa cuba melepaskan diri tetapi suspek menahannya. Namun dia menjerit dan berjaya melarikan diri,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, suspek berusia 36 tahun itu berjaya ditahan di kedai perabot terbabit pada jam 6.30 petang semalam.

Katanya, ujian saringan awal air kencing ke atas suspek adalah negatif.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan,” katanya. – 7 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Related