Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Ketua Pengarah Ukas, Shamsul Azri dilantik Ketua Setiausaha Negara baharu | Scoop

Ketua Pengarah Ukas, Shamsul Azri dilantik Ketua Setiausaha Negara baharu

Pelantikan Shamsul Azri yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Pentadbiran Perniagaan) dari University of Tulsa Oklahoma, Amerika Syarikat, mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong

4:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (Ukas), Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar diumumkan sebagai Ketua Setiausaha Negara yang baharu berkuat kuasa 12 Ogos ini.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataan memaklumkan Shamsul Azri, 55, akan menggantikan Tan Sri Mohd Zuki Ali yang akan tamat kontrak perkhidmatannya pada 10 Ogos ini.

Menurut kenyataan itu, pelantikan beliau yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Pentadbiran Perniagaan) dari University of Tulsa Oklahoma, Amerika Syarikat, mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Beliau juga menerima pendedahan dengan beberapa institusi antarabangsa antaranya University of Cambridge, United Kingdom dan European Institute of Business Administration (INSEAD).

“Mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam perkhidmatan awam, Shamsul Azri pernah bertugas di Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Awam dan juga Pentadbiran Kerajaan Negeri.

“Jawatan terakhir beliau adalah sebagai Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS),” katanya kenyataan itu.

Selain itu, kerajaan juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Mohd Zuki atas segala khidmat bakti beliau sepanjang tempoh memegang jawatan Ketua Setiausaha Negara

“Khususnya dalam usaha-usaha mengukuhkan sistem penyampaian perkhidmatan awam dengan memperkenalkan pelbagai pembaharuan demi memastikan agenda pembangunan negara dilaksanakan dengan jayanya,” katanya.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui akan kehilangan pendamping dan tonggak penting dalam perkhidmatan awam berikutan persaraan Mohd Zuki.

Ini kerana, katanya, Mohd Zuki yang akan bersara pada 10 Ogos ini disifatkan sebagai tonggak penjawat awam yang komited dan tidak pernah mengeluh dalam menjalankan tugasnya. – 7 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Related