Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Keluar Umno masuk PAS, Jailani memang betul-betul ‘Hang Jebat’: Nik Abduh | Scoop

Keluar Umno masuk PAS, Jailani memang betul-betul ‘Hang Jebat’: Nik Abduh

Kata Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, belum pernah terjadi ahli Umno keluar parti untuk menyertai PAS

2:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Anak bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Mohamad Abduh menyamakan Datuk Muhammad Jailani Khamis seperti Hang Jebat kerana keberaniannya menyertai PAS daripada Umno.

Menurutnya, tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rembia itu turut mencipta satu sejarah baru dalam politik di negara ini.

“Saya 50 tahun lebih ni tak perasaan ada tak ahli Umno masuk PAS sebelum ini.

“Memang betul-betul Hang Jebat… Datuk Jailani. Satu sejarah dalam politik negara kita,” katanya pada ceramah kelompok sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Gua Musang, Kelantan, malam tadi.

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, menyifatkan Datuk Muhammad Jailani Khamis sebagai berani – Gambar Facebook Nik Mohamad Abduh, 7 Ogos, 2024

Hadir sama Jailani yang sebelum ini diumumkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan sah menyertai PAS berkuat kuasa Jun tahun lalu.

Takiyuddin berkata, keputusan itu dibuat selepas menerima permohonan Jailani pada 10 Jun 2023 iaitu sebelum undang-undang antilompat parti diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada 31 Julai 2023.

Dengan perkembangan itu, komposisi DUN Melaka kini dianggotai tiga wakil pembangkang, meningkat seorang berbanding selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 2021.

Jailani menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) atas tiket PKR dan beliau antara empat Adun Pakatan Harapan (PH) yang melompat menyokong Barisan Nasional (BN) bagi mengambil alih pentadbiran negeri pada Mac 2020.

Beliau dikatakan dipecat PKR, sebelum mengumumkan menyertai Umno bagi membolehkan dipilih bertanding semula mewakili BN pada PRN 20 November 2021.

Terdahulu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, dilaporkan berkata parti itu akan memulakan tindakan undang-undang terhadap Jailani bagi menuntut ganti rugi dan pampasan sebanyak RM100 juta.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu yang turut mempertimbangkan dan bersetuju untuk memulakan tindakan undang-undang bagi menuntut ganti rugi dan pampasan sebanyak RM100 juta.

Tindakan itu sejajar perjanjian dimeterai terhadap wakil rakyat yang sudah meninggalkan dan membelakangi pendirian parti.

Bagaimanapun, Jailani dilapor berkata, tuntutan Umno sebanyak RM100 juta itu bertujuan untuk menjadikan dia muflis.

Beliau turut mengakui akan berdepan isu kewangan jika tuntutan terbabit dipenuhi, namun akan kekal dengan keputusannya menyertai PAS. – 7 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Related