Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Hamas pilih Yahya Sinwar ganti Ismail Haniyeh | Scoop

Hamas pilih Yahya Sinwar ganti Ismail Haniyeh

Pemilihan itu dibuat kerana Sinwar dianggap arkitek serangan paling dahsyat ke atas Israel dalam beberapa dekad

8:44 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Susulan pembunuhan Ketua Biro Politik, Ismail Haniyeh, Hamas menamakan pemimpin Gaza, Yahya Sinwar sebagai pengganti kumpulan pejuang itu.

Menerusi kenyataannya, ia berkata, pemilihan itu kerana Sinwar dianggap arkitek serangan paling dahsyat ke atas Israel dalam beberapa dekad.

Dia bersembunyi di Gaza, bagi menentang percubaan rejim Zionis untuk membunuhnya sejak permulaan perang.

“Hamas mengumumkan pemilihan Komander Yahya Sinwar sebagai Ketua Biro Politik pergerakan itu, menggantikan Komander Ismail Haniyeh yang syahid, semoga Allah merahmatinya,” katanya.

Menurut seorang diplomat serantau yang biasa dengan rundingan membabitkan Mesir dan Qatar, pelantikan Sinwar bermakna Israel perlu berhadapan dengan beliau mengenai penyelesaian kepada perang Gaza.

Pelantikan itu diumumkan ketika Israel bersiap sedia berdepan risiko sama ada diserang Iran berikutan pembunuhan Haniyeh, baru-baru ini.

“Ia adalah mesej mengenai ketabahan dan ia tidak berkompromi,” katanya.

Berdasarkan latar belakang kehidupannya, Sinwar yang menghabiskan separuh hayat dewasanya di penjara Israel dikenali sebagai pemimpin Hamas paling berkuasa yang masih hidup selepas pembunuhan Haniyeh.

Dilahirkan di kem pelarian di bandar selatan Gaza di Khan Younis, Sinwar, 61, dipilih sebagai ketua Hamas di Gaza pada 2017.

Khabar mengenai pemilihan itu pastinya tidak disenangi Israel apabila ketua jurucakap tenteranya, Daniel Hagari, dilaporkan menyalahkan Sinwar atas serangan antara negara berkenaan dengan Gaza sejak 7 Oktober.

Menerusi kenyataannya kepada televisyen Al-Arabiya, Hagari turut menegaskan Israel akan terus memburu pemimpin itu dengan mengatakan ‘hanya ada satu tempat untuk Sinwar dan ia adalah di sebelah Mohammed Deif dan pengganas 7 Oktober yang lain’.

Pegawai Hamas, Osama Hamdan pula dilaporkan memberitahu Al Jazeera bahawa pergerakan itu kekal komited mencapai perjanjian.

Malah, pasukan mengendalikan rundingan di bawah Haniyeh, akan diteruskan di bawah Sinwar yang menurutnya sedang mengikuti rundingan itu dengan teliti.

Seorang penganalisis politik di Ramallah, Hani Al-Masri berkata, pelantikan Sinwar untuk mengetuai pergerakan itu secara keseluruhan adalah satu cabaran langsung kepada Israel.

Terdahulu, Hamas mengesahkan Haniyeh dan pengawal keselamatannya terbunuh dalam satu serangan peluru berpandu di kediamannya di Tehran, pada 31 Julai lalu.

Berita sedih itu diumumkan menerusi kenyataan dari Kor Pengawal Revolusi Iran dan akaun rasmi Telegram Hamas.

Ketika itu, Haniyeh, 62, berada di Tehran bagi menghadiri acara angkat sumpah Presiden Iran baharu, Masoud Pezeshkian, sehari sebelumnya.

Haniyeh sememangnya pemimpin kanan paling berkuasa Hamas yang menjadi sasaran tentera Israel sejak sekian lama.

Israel tidak mengaku bertanggungjawab atas pembunuhan itu, tetapi mengakui membunuh pemimpin kanan lain termasuk Timbalan Ketua Hamas, Saleh al-Arouri yang terbunuh di Beirut dan Mohammed Deif, komander tentera pergerakan berkenaan.

Jenazah Haniyeh dikebumikan di Doha, Qatar dengan dihadiri ribuan orang, termasuk delegasi dari Malaysia yang diketuai Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.

Insiden pembunuhan Haniyeh bukan sahaja menyaksikan dunia bersedih, malah mengundang kecaman pemimpin dan badan bukan kerajaan (NGO) di negara ini yang menyifatkan Israel sebagai ‘pengecut’.

Kematiannya adalah akibat rumah tamu tempatnya menginap itu diletupkan dengan bom yang diseludup masuk secara rahsia.

Menurut laporan New York Times yang bercakap dengan lima pegawai Timur Tengah yang enggan nama mereka didedahkan, bom itu dipercayai disembunyikan kira-kira dua bulan lalu di rumah tamu itu. – 7 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

[WATCH] Khalil and Vilas’ muhibbah Raya

After 21 years of marriage, Khalil Khalid and Nur Hannah M. Vilasmalar have cultivated acceptance and understanding of their different racial and cultural backgrounds.

Vikneswaran retains KLHA president’s post after Megat disqualified

The decision follows the KLHA council’s recent nullification of all candidates from the Kuala Lumpur Hockey Sports Education Association

Malaysia’s global reputation bolstered a year into Anwar’s PM stint  

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s achievements during his first year in office was no mean feat and it would be remiss to claim that his administration has taken a backseat in efforts to improve the nation’s global standing. 

Related