Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Walau saya dimaki berbakul, ringgit kukuh berbanding 14 tahun lalu: PM | Scoop

Walau saya dimaki berbakul, ringgit kukuh berbanding 14 tahun lalu: PM

Justeru, Anwar berkata, tindakan menolak penyasaran subsidi dan mempertikaikan langkah tidak popular dilaksanakannya adalah sikap kurang waras

11:14 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kekuatan ekonomi domestik dan prinsip kurang popular dilaksanakan kerajaan, termasuk penyasaran subsidi, menjadi faktor menyebabkan pengukuhan ringgit berada pada tahap sangat membanggakan ketika ini, berbanding 14 tahun lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, situasi itu turut meningkatkan keyakinan pelabur, meskipun dalam situasi keadaan geopolitik agak membimbangkan susulan serangan Israel sehingga menyebabkan kebimbangan di pasaran saham antarabangsa

Katanya, situasi baik ringgit itu adalah atas usaha warga Kementerian Kewangan yang menjadi tonggaknya.

“Kalau kita lihat angka-angka, tetapi kenyataannya tidak boleh dimungkiri iaitu kekuatan ringgit ketimbang 14 tahun sangat membanggakan

“Tentu ada sebab faktornya, kenapa ada keyakinan? Kerana kekuatan ekonomi domestik, langkah diambil, jadi ini kalau tonggaknya tentulah keluarga Kementerian Kewangan.

“Semua ini mempunyai saham dalam menyebabkan kita menyaksikan satu penongkatan lebih meyakinkan, sebahagian daripada kuasa, wewenang Menteri Kewangan kepada Parlimen, dipertanggungjawabkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan bersama Warga Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini.

Anwar berkata, usaha itu bukan hal mudah, tetapi tetap dilaksanakan atas nilai bertanggungjawab,

Katanya, kerajaan terpaksa berdepan dengan semua Ahli Parlimen untuk menilai prestasi sebenar angka dan unjurannya, sama ada dari segi lebihan serta defisitnya bagi menentukan sama ada ia boleh dipertahankan.

“Ini adalah (seperti) saya katakan menunjukkan kesediaan kita lakukan reform (perubahan) dari segi ekonomi

“Begitu juga mengenai penyasaran subsidi yang menyebabkan saya terutamanya dimaki berbakul bakul tapi tak apa lah dah banyak bakul tambah satu lagi bakul.

“Tetapi penyasaran subsidi seperti yang kita tahu, saudara faham, semua PM (Perdana Menteri) sebelum ini, hampir semua parti sebelum ini dalam kerajaan setuju harus hentikan kebocoran, namun ya tak faham kenapa orang politik pertahankan penyeludupan, kenapa izinkan ketirisan berbilion ringgit,” katanya.

Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, tindakan untuk menolak prinsip penyasaran subsidi adalah kurang bijak dan kurang waras

“Pertama dia setuju ketika dalam kerajaan kerana tak ada pilihan, kedua jangan melindungi penyeludup, perasuah dan ketiurisan yang berterusan

“Ini terbukti kerana kita menyelamatkan lebih RM4 bilion kerana ketegasan kita lakukan program penyasaran subsidi,” katanya.

Menurut Anwar, Menteri Kewangan, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan masih mengeluarkan kenyataan ada ruang kepada peniaga kecil, nelayan atau pekebun kecil yang terkesan untuk memohon program itu untuk dipertimbangkan kerajaan.

“Yang bising (adalah mereka yang) tak terkesan kerana ini hanya senjata politik untuk menikam, namun saya dari segi keseluruhannya bersyukur kerana dasar ini menyebabkan keyakinan dari segi pelabur.

“Siapa tidak mahu popular, siapa tidak mahu senang, jadi belanja sahaja, nak duit bagi, kita masih boleh hutang, kita bukan dalam keadaan parah sangat, boleh hutang RM3 bilion, RM4 bilion, apa salahnya.

“Tetapi apakah itu dasar ekonomi yang bertangugngjawab?” soalnya. – 6 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Related