Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Tersasul sebut 'Hidup Israel': Ia kesilapan biasa, berlaku kepada manusia termasuk pemimpin politik | Scoop

Tersasul sebut ‘Hidup Israel’: Ia kesilapan biasa, berlaku kepada manusia termasuk pemimpin politik

Menurut Mohd Kahiruddin, perkara sama berlaku kepada Menteri Besar Kelantan yang tersasul ketika berucap di Nenggiri dengan menyebut 'PAS adalah Bersatu dan Bersatu adalah DAP'

9:56 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kesilapan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tersasul ketika berucap di atas pentas merupakan kesilapan yang biasa kepada manusia malah turut berlaku kepada pemimpin-pemimpin politik lain.

Perkara itu ditegaskan Penasihat Agamanya, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali merujuk kepada tindakan Ahmad Zahid memohon maaf di atas kesilapan ketika membuat laungan ‘Hidup Israel’ pada Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini, kelmarin.

Menurut Mohd Kahiruddin, perkara sama berlaku kepada Menteri Besar Kelantan yang tersasul ketika berucap di Nenggiri dengan menyebut ‘PAS adalah Bersatu dan Bersatu adalah DAP’.

“Begitu juga pernah berlaku seorang pimpinan Dewan Ulama PAS yang tersasul mendoakan kemusnahan Perikatan Nasional (PN) ketika berdoa sdalam perhimpunan ramai.

“Tersasul ketika berucap atau berkata-kata tanpa sebarang niat yang disengajakan adalah kesilapan yang biasa berlaku kepada manusia yang hukumnya dimaafkan oleh Allah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Khairuddin berkata, merujuk kepada pidato Ahmad Zahid dalam himpunan tersebut, ia merupakan kesilapan yang berlaku dalam keghairahan dan semangat Palestin serta menentang rejim haram Israel.

“Malah berulang kali sebelum dan selepasnya beliau menyebut kata-kata yang tepat iaitu ‘Hidup Palestin, Hancur Israel’.

“Kesilapan tersebut termasuk dalam kategori kesilapan yang dimaafkan oleh Allah dan tidak diambil kira dalam catatan amalan sebagaimana hadis Nabi SAW yang menegaskan Allah menggugurkan kesilapan umat-NYA.

“Namun, malang sekali apabila kesilapan itu dijadikan modal politik oleh ahli politik yang rendah akhlaknya dengan mempersendakan ucapan tersebut di media maya,” katanya.

Semalam Ahmad Zahid tampil memohon maaf di atas kesilapannya ketika membuat laungan ‘Hidup Israel’ pada himpunan berkenaan.

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, beliau mengakui, khilafnya disebabkan semangat demi menunjukkan solidariti terhadap penindasan ke atas rakyat Palestin. – 6 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Related