Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
‘Kita akur takdir Allah tapi rakyat tidak kompromi sikap sambil lewa’ Umno Kedah selar Sanusi | Scoop

‘Kita akur takdir Allah tapi rakyat tidak kompromi sikap sambil lewa’ Umno Kedah selar Sanusi

Ketua Umno Penerangan Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, beliau yakin sekiranya pengurusan sumber air dan rawatannya diuruskan dengan lebih cekap, risiko krisis air di Kedah dapat diminimumkan

6:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Meskipun penduduk Kedah akur akan kehendak alam dan takdir Allah namun rakyat tidak boleh berkompromi dengan sifat sambil lewa dan unsur-unsur kecuaian ‘keculasan’ dalam menangani isu air di negeri itu.

Bercakap kepada Scoop, Ketua Umno Penerangan Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, ini kerana situasi air di Kedah semakin meruncing apabila kerajaan negeri gagal menguruskan proses naik taraf Loji Rawatan Air (LRA) dengan baik.

“Sememangnya kita akur akan kehendak alam dan takdir Allah, namun kita tidak boleh berkompromi dengan sifat sambil lewa dan unsur-unsur ‘keculasan’ pengurusan naik taraf loji rawatan air negeri.

“Saya yakin sekiranya pengurusan sumber air dan rawatannya diuruskan dengan lebih cekap, risiko krisis air di negeri Kedah akan dapat ‘diminimumkan’,’’ katanya hari ini.

Ahad lalu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ketika program di Gua Musang, menyerahkan kepada Allah untuk menurunkan hujan bagi memulihkan paras air di tiga empangan di negeri Kedah.

“Tunggu Allah turunkan hujan. Kita manusia tak boleh buat hujan sendiri, doa kepada Allah (supaya) turun hujan. Allah akan perintah malaikat turun hujan.

“Hujan mari, penuh balik takungan tu, tanya penyelesaian manusia kepada kerja Tuhan, memang tak ada, manusia tak boleh tunggu, tunggu tuhan beri,’’ katanya.

Media pada Khamis melaporkan paras air di Empangan Muda berbaki 8% manakala Empangan Pedu (39.09%) dan Empangan Ahning (81.80%) dengan purata keseluruhan takungan air bagi ketiga-tiga empangan ialah 43.68%.

Mengulas lanjut, Shaiful berkata, kerajaan negeri sepatutnya sudah mempunyai perancangan jangka panjang dalam menghadapi kemungkinan kesan tindak balas monsun.

“Punca yang sebenarnya adalah kegagalan penyiapan loji-loji rawatan air yang sepatutnya sudah beroperasi sekiranya ia diuruskan dengan baik,’’ katanya. – 5 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Related