Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the molongui-authorship domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/conan-20240903/conan/wp-includes/functions.php on line 6114
Miliki bahan lucah: Suspek culik Albertine Leo direman lagi | Scoop

Miliki bahan lucah: Suspek culik Albertine Leo direman lagi

Majistret Azureen Sahira Sauffe Afandi membenarkan reman selama enam hari terhadap lelaki berusia 31 tahun itu di Mahkamah Majistret Kulai

1:05 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Lelaki yang disyaki menculik kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, Albertine Leo Jia Hui, direman sekali lagi hari ini bagi membantu siasatan kes memiliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak dan bahan lucah.

Majistret Azureen Sahira Sauffe Afandi membenarkan reman selama enam hari terhadap lelaki berusia 31 tahun itu di Mahkamah Majistret Kulai.

Tempoh reman tersebut bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, suspek ditahan reman selama 13 hari bermula 23 Julai lepas sehingga semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Johor CP M Kumar dilaporkan berkata suspek kemudian ditahan semula semalam susulan penemuan pelbagai alat permainan seks, bahan pornografi dewasa dan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak di kediamannya di Kulai.

Albertine Leo disedari hilang oleh bapanya pada 8.30 malam, 20 Julai, di sebuah pusat beli-belah di Iskandar Puteri sebelum kanak-kanak itu ditemukan selamat di sebuah hotel murah di Batang Kali, Selangor pada 4.45 pagi, 23 Julai lepas.

Polis menahan seorang lelaki yang dijumpai bersama mangsa bagi membantu siasatan. – 5 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Related